Sudah Positif Covid-19, Malah Gadis Sindrom Down Ini Didakwa Mangsa Dera Di Rumah Kebajikan
Sebuah rumah kebajikan seharusnya berperanan memberi perlindungan kepada penghuninya namun lain cerita dengan sebuah rumah kebajikan yang dimiliki oleh NGO sekitar Wangsa Maju ini apabila didakwa telah melakukan penderaan terhadap salah seorang penghuni di situ.
Perkara ini terbongkar apabila terdapat pekerja serta penghuni rumah berkenaan didapati positif Covid-19 dan perlu dirujuk kepada pihak hospital.
Rentetan itu, remaja berusia 13 tahun yang menghidap Down Syndrome didapati mempunyai kesan luka terbakar di bahagian dada, tangan, tengkuk dan bahagian peha dipercayai didera.
1. A 13-year-old girl with Down Syndrome was found with burns on her chest, hands, neck and thighs after allegedly being a victim of abuse at a welfare home owned by an NGO in Wangsa Maju in the past one year.
Kuala Lumpur police say the victim also tested positive for Covid-19. pic.twitter.com/Ly5xzrBGUB
— BFM News (@NewsBFM) July 6, 2021
“Dia (mangsa) didapati positif Covid-19 apabila dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan menerima rawatan selama 10 hari sebelum dihantar pulang ke rumah kebajikan yang menjaganya sebelum ini.
“Kecederaan dia sangat serius. Apabila hospital tanya siapa yang buat, dia akan sebut ‘bonda’ dan ‘mama’ serta beritahu dia telah diikat serta disiram air panas,” katanya
Difahamkan anak istimewa itu telah disiram dengan air panas dan diikat semasa berada di bawah jagaan rumah kebajikan NGO berkenaan.
Laporan mengatakan remaja perempuan berkenaan sebelumnya berada di bawah jagaan rumah Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah di Seremban sejak 2011 sebelum diserahkan kepada rumah kebajikan sebuah NGO sebagai anak angkat tahun lalu.
Pihak polis sedang menyiasat apa yang sedang berlaku dan tindakan susulan akan diambil selepas ini.