Suka Memandu Macam Orang Gila? Polis Mungkin Akan Membuat Kunjungan Ke Rumah Anda!
Apabila kita melayari sosial media, kebiasaanya kita akan melihat video pemandu yang memandu dengan tidak mengikuti undang-undang jalan raya dengan betul.
Jika anda suka memandu dengan melulu dan berbahaya anda mungkin akan menghadapi masalah. Dashcam adalah musuh ataupun boleh menjadi kawan baik anda.
Jika anda mengikuti Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM (JSPT) anda akan lihat banyak video yang telah dimuat naik oleh mereka dan kebanyakan video tersebut adalah mengenai pemandu yang melanggar peraturan jalan raya.
Sepanjang minggu lepas, JSPT telah memuat naik beberapa video mengenai pemandu yang membuat kesalahan jalan raya semasa memandu.
Video ini kebanyakan diambil menggunakan dash cam, jadi jika anda mempunyai dash cam ini mungkin akan dapat membantu JSPT untuk mencari pesalah jalan raya yang membuat kesalahan tersebut walaupun jika polis tidak berada di tempat tersebut.
Antara video yang popular di laman tersebut menunjukkan rakaman dashcam rider penghantar makanan yang melanggar lampu isyarat dan menyebabkan dirinya dilanggar kereta sehingga terpelanting tinggi. Rakaman tersebit mendapat jumlah tontonan hampir 330,000.
JSPT telah menjalankan siasatan awal dengan mengunjungi alamat rumah pemilik kenderaan tersebut. Pesalah tersebut mendapat amaran dan didakwa atas kesalahan tersebut.
Jadi jika anda mempunyai dash cam, cubalah lihat video dash cam anda kemungkinan besar anda mungkin boleh menjumpai rakaman yang ‘menarik’.