Suka Tidur? Pekerjaan Ini Mungkin Sesuai Dengan Anda! – Manis Madu
Suka Tidur? Pekerjaan Ini Mungkin Sesuai Dengan Anda!

Suka Tidur? Pekerjaan Ini Mungkin Sesuai Dengan Anda!

Masing mencari-cari kerjaya idaman untuk mengubah hidup diri dan keluarga? Mungkin ini adalah masanya untuk Maduners semua serlahkan bakat semulajadi anda.

 

Pernah tak dengar orang kata, tidur pun boleh dapat duit? Mungkin dulu hanyalah angan angan, tapi sekarang ianya mungkin menjadi realiti.

 

Kerjaya jurutidur ni biasa dah kita dengar kat luar negara, tapi untuk Malaysia ianya adalah sesuatu yang baru.

 

Madu ada terbaca dalam laporan Sinar Harian yang menyatakan bahawa ada satu syarikat tempatan yang mencari jurutidur.

 

Menerusi kempen ‘Get Paid To Sleep’ oleh syarikat tilam tempatan Sonno Malaysia Sdn Bhd.

Mereka sedang mencari seorang ’Eksekutif Tidur’ untuk tidur di atas tilam mereka selama 8 jam sehari untuk tempoh 100 malam.

 

Bila dengar jawatan eksekutif tu Madu macam dah wow, boleh lah berlagak kejap kan. Nak tahu yang lagi best tak tentang jawatan ni, mereka menawarkan ganjaran sebanyak RM3,000 sebagai imbuhan gaji.

 

Untuk tidur sahaja taw. Kerja Maduners cuma kena tidur. Betul, korang tak salah dengar, T-I-D-U-R. Itulah kerja anda.

Menurut Sinar Harian lagi, status jawatan tersebut adalah secara kontrak untuk sebulan sepanjang bulan Disember 2020. Pihak syarikat akan menyediakan Tilam Sonno Lite dan bantal kepada mereka.

 

Maduners boleh lah kemaskan katil dan bilik tidur bagi nampak cantik. Maklumlah, itu lah work station anda. Boleh lah berlagak dengan Maduners semua tentang kerja anda.

 

Apa yang lagi syok, tilam dan bantal yang diberikan akan menjadi hak mutlak anda selamanya.

 

Setelah mendapat tilam dan bantal daripada Sonno Malaysia, jobscope yang perlu anda lakukan adalah:

  • Tidur selama 8 jam setiap malam
  • 100 hari tugas bermula 1 September sehingga 10 Disember 2020
  • Tulis laporan anda tentang pengalaman tidur menggunakan tilam tersebut.
  • Rekod 2 video berdurasi 30 saat dan hantar kepada syarikat setiap minggu.

 

Woww, Madu rasa mind-blown bila dengar kerjaya macam ni dah mula masuk ke Malaysia. Adakah Maduners di luar sana dah bersedia nak serlahkan bakat semulajadi anda.

 

Mungkin anda antara yang terawal untuk digelar sebagai ‘Eksekutif Tidur” yang pertama di Malaysia.

Post a Comment