Sukarelawan Pelajari Banyak Bahasa, Mudah ‘Sembang’ Dengan Penerima Vaksin Warga Asing – Manis Madu
Sukarelawan Pelajari Banyak Bahasa, Mudah ‘Sembang’ Dengan Penerima Vaksin Warga Asing

Sukarelawan Pelajari Banyak Bahasa, Mudah ‘Sembang’ Dengan Penerima Vaksin Warga Asing

Usaha seorang sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mempelajari bahasa Urdu dan Bengali bagi memudahkan komunikasi dengan penerima vaksin warganegara Pakistan dan Bangladesh mendapat pujian orang ramai.

 

Menerusi video yang dimuatnaik di laman Twitter Ain Syawani, dia memberitahu usahanya mempelajari bahasa tersebut bertujuan untuk membantu memudahkan proses pendaftaran di kaunternya di PPV Stadium Bukit Jalil.

“Saya cuma nak kongsi rakaman video saya bercakap dalam bahasa Bengali dan Urdu. Belajar bahasa mereka membantu mempercepatkan kerja saya. Dan saya suka tengok reaksi mereka bila saya bercakap bahasa mereka. Harap video ini buat anda gembira,” ciapnya.

 

Katanya, dia yang bertugas sebagai sukarelawan di PPV sejak hujung bulan Jun lalu itu turut mempelajari bahasa lain seperti bahasa dari negara Myanmar, Nepal dan Hindi bagi memudahkan proses pendaftaran.

 

“Kadang-kadang susah mereka nak faham jadi saya ambil alternatif untuk belajar bahasa mereka, mudahkan kerja dua pihak.

 

“Setiap kali cakap bahasa Bangladesh, mesti mereka tersenyum dengar saya cakap bahasa mereka. Sekarang target nak belajar bahasa Myanmar pula tapi agak susah. Majoriti tak faham bila kita cakap bahasa Inggeris atau bahasa Melayu,” katanya.

 

Setakat ini, video tersebut telah ditonton lebih 249,000 kali dan turut mendapat respon positif orang ramai yang rata-ratanya memuji usahanya memudahkan proses vaksinasi bagi warga asing.

Post a Comment