Sweet Qismina Positif Covid-19, Dakwa Sudah Tiga Hari Susah Bernafas – Manis Madu
Sweet Qismina Positif Covid-19

Sweet Qismina Positif Covid-19, Dakwa Sudah Tiga Hari Susah Bernafas

Pelakon kecil molek, Sweet Qismina mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan (swab test) pada Selasa, lapor MStar.

Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 24, berkata dia mula berasa tidak sihat semasa menjalani penggambaran filem Tariandi di Kuala Kangsar, Perak sejak 16 April lalu.

 

Menerusi kenyataan media yang dimuat naik melalui laman Instagramnya, pihak pengurusan Warner Music Malaysia memaklumkan Sweet kini sedang dikuarantin di Pusat Kuarantin Ipoh.

“Sweet berada di Kuala Kangsar untuk menjalani penggambaran lalu berasa tidak sihat dan mengambil ubat selama tiga hari berturut-turut tetapi masih belum pulih dan sukar bernafas.

 

“Sweet membuat ujian calitan di Columbia Hospital, Taiping dan keputusannya adalah positif. Sweet dihantar ke Hospital Kuala Kangsar dan buat saringan PCR dan keputusan positif.

 

“Sweet kemudian dihantar ke Pusat Kuarantin di Ipoh untuk dikuarantin. Sweet tiada sebarang komplikasi cuma hilang deria rasa dan bau,” kata syarikat pengurusan Warner Music Malaysia.

 

Sementara itu, pelakon drama Bidadari Salju ini turut mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan yang telah banyak membantu sepanjang proses menerima rawatan berkenaan.

 

“Sweet ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Hospital Kuala Kangsar kerana menjaga Sweet dengan baik sebelum dihantar ke Ipoh.

 

“Doakan semoga Sweet cepat sembuh daripada Covid-19 ini,” ujarnya.

Post a Comment