Syarikat Guna Akaun Bank Pekerja, Wanita Ini Beri Nasihat Sambil Menangis! – Manis Madu
Syarikat Guna Akaun Bank Pekerja, Wanita Ini Beri Nasihat Sambil Menangis

Syarikat Guna Akaun Bank Pekerja, Wanita Ini Beri Nasihat Sambil Menangis!

Maklumat peribadi seperti akaun bank adalah salah satu privasi yang tidak sepatutnya dikongsi kepada sesiapa pun apatah lagi kepada orang luar. Bahaya ya jika maklumat peribadi didedahkan!

Maklumat peribadi seperti akaun bank adalah salah satu privasi

Begitulah situasi yang berlaku kepada seorang wanita yang berkongsi kisahnya di laman TikTok.

 

Menerusi akaun @chasyanis, wanita berkenaan meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap syarikat tempat dia bekerja dahulu yang dikatakan telah menggunakan akaun peribadinya untuk tujuan pembayaran laman webnya.

@chasyanisCompany itu guna duit aku utk byr website dia !!! It not a small number of money ! #kuasaviraltiktok #fyp♬ bunyi asal – Chasyanis | love – Chasyanis | dailylife

Wanita berkenaan menasihati orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga supaya perkara sama yang berlaku ke atas dirinya tidak terulang lagi.

 

“Kalau korang kerja kat luar sana, any small company want to use your account bank untuk bayar apa-apa, tolong jangan bagi! Please, jangan bagi langsung sebab bila kau berhenti dia takkan delete pun akaun kau dari tempat yang patut bayar tu.

 

“Tolong jangan bagi. Seriously, aku yang dah terkena and I don’t know dia bayar ke tak!” luah wanita itu.

 

Dalam hantaran lain, wanita tersebut menjelaskan bahawa perkara tersebut telah selesai dan dia telah mendapat pulangan wangnya kembali. Nasib baik!

@chasyanisBalas kepada @minime250 Thank you so much semua yg bagi advice & yg doakan saya juga,saya doakan rezeki korang melimpah ruah❤️#fyp #kuasaviraltiktok♬ original sound – Chasyanis | love – Chasyanis | dailylife

Menurutnya, perkara ini juga berjaya diselesaikan dengan bantuan pihak Maybank yang memberi panduan tentang tindakan apa yang patut dilakukannya.

 

“Maybank dah bagi kerjasama yang sangat bagus. Dorang suruh saya tukar kad ATM sebabkan auto-debit itu adalah thru daripada no kad ATM kita pada sebelah depan,” jelasnya.

 

Sementara itu, wanita berkenaan berkata dia tidak melaporkan perkara ini kepada pihak polis kerana tidak mahu memanjangkan isu tersebut.

 

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada warganet yang prihatin menasihati dan mendoakan supaya masalahnya dapat diselesaikan.

 

Semoga kita dapat ambil pengajaran dari situasi yang berlaku ini ya!

Post a Comment