Tak Guna Gaduh Dengan Jiran Sebab Taik Kucing, Baik Cuba Petua Ini! – Manis Madu
Tak Guna Gaduh Dengan Jiran Sebab Taik Kucing, Baik Cuba Petua Ini!

Tak Guna Gaduh Dengan Jiran Sebab Taik Kucing, Baik Cuba Petua Ini!

Kawasan kejiranan yang membenarkan haiwan peliharaan dibela kadang-kadang menimbulkan pelbagai masalah. Pengurusan najis menjadi antara isu utama dan selalu menjadi punca perbalahan.

 

Melalui akaun Instagram @zuriaty_musa, wanita ini berkongsi tips yang dilakukan untuk menghalang kucing daripada ‘membuang’ di merata tempat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Petua Nenek (@zuriaty_musa)

Caranya sangat mudah. Hanya sediakan dua labu bawang putih dan tiga ke empat batang serai. Kisarkan semuanya dengan air putih dan masukkan ke dalam bekas semburan.

 

Semburkan di tempat kucing selalu ‘melepas’ dan pastinya dapat membantu selesaikan masalah bau tidak enak dari najis kucing.

 

Tambah Puan Zuriaty lagi, jika musim hujan korang perlu semburkan dua minggu sekali tetapi jika pada musim kemarau, sebulan sekali pun tidak mengapa.

 

Buat Maduners yang berdepan masalah ini, cubalah petua ini. Daripada mengamuk kepada kucing atau bergaduh dengan jiran, lebih elok ikhtiar dengan cara ini kan. Selamat mencuba!

Post a Comment