“Tak Jadi Datang Bagitahu Awal-Awal!” Gadis Bengang Rakan Cancel Beraya Last Minute – Manis Madu
“Tak Jadi Datang Bagitahu Awal-Awal!” Gadis Bengang Rakan Cancel Beraya Last Minute (1)

“Tak Jadi Datang Bagitahu Awal-Awal!” Gadis Bengang Rakan Cancel Beraya Last Minute

Tular di laman Twitter baru-baru ini, seorang gadis meluahkan rasa marah kerana rakan-rakannya yang berjanji untuk datang beraya tidak jadi datang dan memaklumkan kepadanya pada saat-saat akhir.

 

“Sumpah tak kelakar dah plan beria nak datang raya rumah aku harini pukul 5 tapi tahu tahu sekor-sekor cancel last minute. Sumpah la mak ayah aku penat memasak bagai aku kemas rumah semua,” luah gadis itu.

Difahamkan, gadis itu pada awalnya sudah bertanya berkali-kali samada mahu datang atau tidak dan semua rakannya bersungguh-sungguh memaklumkan akan datang beraya tetapi membatalkan pada saat akhir.

 

Gadis berkenaan meluahkan kekecewaan tersebut memandangkan dia dan ibu bapanya sudah bersiap sedia menyambut tetamu bertandang.

 

“Ni dah masak apa semua tahu tahu cancel eh sumpah aku baran. Aku bukan apa tau, aku kesiankan mak ayah aku je sebab dorang happy memasak member aku nak datang raya la kan? Siapa je tak suka orang datang beraya,” jelas gadis itu lagi. 

 

Seeloknya, kalau tak jadi datang, maklumkan terlebih dahulu. Bayangkan kalau tuan rumah sediakan makanan yang banyak, tak ke membazir jadinya.

Post a Comment