Tak Kenal Tapi Bayarkan Barang Orang Lain, Warganet Puji Tindakan Pasangan Ini – Manis Madu
Tak Kenal Tapi Bayarkan Barang Orang Lain, Warganet Puji Tindakan Pasangan Ini

Tak Kenal Tapi Bayarkan Barang Orang Lain, Warganet Puji Tindakan Pasangan Ini

Situasi pandemik yang sudah hampir dua tahun melanda negara menjadikan sifat kemanusiaan serta empati dalam masyarakat semakin meninggi.

 

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @lisaa_aa98 membuat perkongsian tentang situasi yang berlaku terhadapnya ketika membeli barang keperluan.

Menurut hantaran berkenaan, difahamkan ibu dan adik lelaki Lisa keluar untuk membeli barang keperluan kolej adik lelakinya yang baru mendaftar memasuki kolej.

 

Semasa di kaunter, ibunya keluarkan kad debit untuk membayar semua barang tersebut. 

 

Namun kad tersebut ditolak kerana duit yang di transfer rupanya dalam MAE. Jadi juruwang menyuruh ibunya untuk pergi ke mesin ATM yang terdekat namun duit tidak dapat dikeluarkan juga.

 

Oleh kerana ramai yang beratur, ibunya terus menelefon suaminya untuk membawa wang yang perlu dibayar. Sejurus ibunya kembali ke kaunter bayaran, adik lelaki Lisa memberitahu bahawa semua barang tersebut sudah pun dibayar oleh satu pasangan suami isteri yang tidak dikenali.                                                                                                                                                                                                                             

 

Ibunya cuba mengejar pasangan terbabit untuk membayar semula duit yang dibelanja tetapi pasangan tersebut menghalalkan duit tersebut.

 

Untuk pengetahuan Maduners, tindakan pasangan suami isteri tersebut secara tidak langsung menyantuni anak istimewa keluarga itu bernama Aisyah. 

 

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen memuji tindakan pasangan tersebut serta turut mendoakan kebaikan buat mereka.

Post a Comment