Tak Perlu Sakit Kepala Dah Nak Beli Hadiah Untuk Wanita, 10 Barang Ini Mereka Tak Akan Tolak! – Manis Madu
Beli Hadiah Untuk Wanita

Tak Perlu Sakit Kepala Dah Nak Beli Hadiah Untuk Wanita, 10 Barang Ini Mereka Tak Akan Tolak!

Sebelum ini Madu ada share dengan Maduners hadiah Krismas yang sesuai diberi kepada kanak-kanak. Kali ini Madu akan share hadiah yang sesuai untuk wanita pula!

Wanita kalau dengar hadiah, mestilah suka. Cuba bagi tahu Madu wanita mana jerr tak suka hadiah? Kalau ada pun, sikit sangatlah jumlahnya. Bagi para lelaki, tak kira suami, kekasih atau rakan, tips ini memang akan bantu uolls!

#1 Beg Tangan

Perempuan dan beg tangan ibarat telur mata dan kicap. Tak lengkap tanpa satu sama lain! Gitcheww. Beg tangan pula tak semestinya kena cari jenama yang mahal-mahal atau jenama terkenal saja. Yang tak berjenama pun kalau pandai pilih design dan warna dah boleh buat hati wanita korang bahagia.

#2 Coklat (Chocolate Box)

Coklat pun antara obsesi wanita zaman sekarang. Betul kan Maduners? Nak pula kalau hias cantik-cantik, susun dengan bunga, letak nota romantik, confirm dia suka!

 

Tapi jangan beli colkat yang terlalu biasa pula, wanita ini rumit, yang paling mudah korang boleh hadiahkan chocolate box, mungkin agak mahal sikit tapi percayalah, berbaloi!

#3 Minyak Wangi (Perfume)

Selain suka bergaya dengan handbag yang suami hadiahkan dan suka coklat, wanita juga gemar berwangi-wangian. Hadiahkan perfume untuk wanita antara tindakan bijak!

#4 Tiket Percutian

Haa untuk hadiah yang satu ini, kalau ada bajet lebih sikit boleh bagi. Ini Madu bagi jaminan 100% akan buat wanita tersenyum lebar. Lagi best kalau tempat percutian korang biar dia pilih sendiri! Berbunga-bunga hati.

#5 Romantic Dinner

romantic-dinner-768x512

Jika hadiahkan tiket percutian melebihi bajet yang korang ada atau masa tak mengizinkan, boleh juga gantikan dengan makan malam romantis. Fine dining orang cakap. Bukan selalu!

#6 Barang Kemas

Hadiah yang ini pun antara kegilaan wanita daripada dahulu kala sampailah sekarang. Anting-anting, rantai, gelang atau cincin antara bentuk barang kemas yang boleh dihadiahkan. Dijamin mereka suka!

#7 Jam Tangan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ice-Watch Malaysia (@icewatch_my)

Jam tangan juga boleh menjadi hadiah utama untuk para wanita. Tapi jam tersebut mestilah yang kena dengan citarasa mereka. Korang kena selidik dulu jam mereka pakai sekarang dan tengok design macam mana mereka suka, lepas itu baru pergi beli!

#8 Pakaian

 

View this post on Instagram

 

A post shared by L Ú B N A (@lubna.official)

Boleh dikatakan setiap bulan akan ada baju baru akan dibeli oleh wanita. Kalau dalam masa sebulan tak shopping baju, tak lengkap! Tapi ia akan jadi lebih bermakna jika pakaian tersebut merupakan hadiah dari seseorang. Yang penting, korang perlu kenalpasti terlebih dahulu citarasa dia bagaimana. Jangan hentam kromo jerr beli.

#9 Set Pinggan Mangkuk

candles-cutlery-flatware-set-pinggan-mangkuk

Kalau dah bosan dengan benda-benda yang sama jerr, set pinggan mangkuk juga amat sesuai untuk dihadiahkan. Percayalah, para isteri jika dapat set pinggan mangkuk, seminggu penuh dia lap pinggan mangkuk baru dia jerr!

 

Hadiah ini lagi sesuai kalau korang hadiah juga kepada ibu korang, terus bling-bling mata ibu korang.

#10 Barangan Rumah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Philips Malaysia (@philips_my)

Hadiah yang terakhir ini bukan sahaja sesuai untuk para isteri atau ibu tetapi sesuai juga dihadiahkan buat wanita bujang. Barangan rumah seperti vacuum, alat memasak seperti air fryer, microwave, mixer dan lain-lain.

 

Yang ini lebih kepada pratikaliti, githeww, membantu rutin seharian dekat rumah, baru mudah nak buat memasak dan mengemas rumah, tapi suami jangan lupa tolong sekali!

 

Senarai yang Madu bagi ini secara umum dan berdasarkan pemerhatian Madu ya guys. Apa-apa pun semua bergantung pada citarasa masing-masing. Semoga membantu korang!

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment