Tak Pernah Lapuk Dek Zaman, Tampil Mempesona Dengan Gaya Kain Batik Yang Anggun
Kain batik bukan sekadar pakaian basahan seharian tau! Kalau Maduners kreatif, kain batik juga boleh dijadikan pakaian yang elegan.
Biasanya kalau menggayakan pakaian, Yaya prefer sesuatu yang tiada corak. Namun begitu, corak batik akan terkecuali kerana jenis corak flora yang sangat unik dan mempunyai identiti yang tersendiri.
Boleh dikatakan design yang tidak pernah lapuk dek zaman!
Bila tengok YouTube, kita dapat tengok yang terdapat banyak cara untuk menggayakan kain batik. Jadi, kali ini Yaya nak cadangkan beberapa idea untuk Maduners gayakan kain batik yang simple!
1. Turban
Sumber Gambar: Pinterest
Gayakan turban menggunakan batik ala-ala Yuna gituw! Barulah nampak lebih kemas kalau pakai macam ini.
2. Tulip Style
Sumber Gambar: Pinterest
Tulip Style menggunakan kain batik sesuai digayakan dengan baju blaus kosong. Pergi kenduri atau majlis tidak formal, memang classy!
3. Halter Neck Dress
Tak sangka yang kain batik pun boleh dijadikan dress? Kain batik memang serba boleh! Gaya Halter Neck Dress ini pula kalau pakai dengan inner pun cantik.
4. Off-shoulder Batik Sarong Dress
Haa, ikat-ikat jer kain batik dah dapat Off-shoulder Batik Sarong Dress. Penampilan bergaya ini sesuai untuk yang pergi bercuti di pantai!
5. Seluar Aladdin
Sumber Gambar: Pinterest
Kepada Maduners yang tak selesa pakai kain, batik pun boleh jadi seluar Aladdin macam ini! Kalau Maduners pandai jahit sendiri, akan lebih mudah sebab tak perlu ikat-ikat.
Sebenarnya banyak lagi cara untuk gayakan kain batik! Yang penting, semua cara untuk dipakai selesa dan ikut taste masing-masing.