“Tak Setaraf Langsung, Overrated!” Netizen Pertikai Kelibat Iman Troye Di Billboard Time Square New York
Berita kemunculan wajah Datuk Seri Siti Nurhaliza di ‘billboard’ Time Square New York ternyata cukup mengujakan peminatnya dan rakyat Malaysia.
Susulan itu, baru-baru ini seorang pengguna Twitter berkongsi wajah-wajah selebriti Malaysia lain yang pernah ditayangkan di papan iklan gergasi itu sempena kempen bulanan EQUAL Spotify.
7 Malaysian Singers have made on Billboard New York Times Square for EQUAL Spotify monthly Campaign
Yuna, Layla Sania, Iman Troye, Dolla, Vanessa Reynauld, Aina Abdul, Siti Nurhaliza pic.twitter.com/ONigiItdBj
— Ratu Balqis (@RatuBalqisah) May 19, 2022
Enam penyanyi wanita lain yang berjaya menempa nama antaranya Yuna, Aina Abdul, Vanessa Reynauld, Layla Sania, Dolla dan Iman Troye.
Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan netizen meluahkan rasa tidak berpuas hati dan mempersoalkan kelayakan Iman Troye sehingga wajahnya diangkat di ruang terkemuka itu.
View this post on Instagram
Menurut mereka, platun lagu Teman itu masih terlalu mentah dan tidak setanding dengan nama-nama lain untuk melayak wajahnya terpampang di sana.
Meskipun begitu, terdapat juga netizen yang berpendapat bahawa itu adalah rezeki masing-masing termasuklah Iman Troye.
“Kenapa ramai tak puas hati dengan Iman Troye on Billboard? Itu semua rezeki dia, chill gais,” tulis seorang netizen.
“Tak setuju dengan Iman Troye tapi tak apa lah, mungkin rezeki dia,” ujar salah seorang netizen.