Tak Tahu Nak Buat Simpanan? Ini Dia 5 Tempat Simpanan & Cara Nak Buka Akaun Dengan Mudah! – Manis Madu
Tak Tahu Nak Buat Simpanan Ini Dia 5 Tempat Simpanan & Cara Nak Buka Akaun Dengan Mudah

Tak Tahu Nak Buat Simpanan? Ini Dia 5 Tempat Simpanan & Cara Nak Buka Akaun Dengan Mudah!

Di usia yang masih muda ini, Maduners sepatutnya sudah mula memikirkan soal simpanan yang perlu dibuat untuk masa hadapan. 

 

Maduners masih belum terlambat untuk membuat simpanan atau pelaburan demi masa depan diri sendiri, anak-anak dan keluarga.

 

Macam mana nak buat simpanan? Mudah sahaja. Jom kita tengok antara tempat simpanan yang boleh korang guna dan macam mana cara nak buka akaun!

#Tabung Haji

Tabung Haji-Pembukaan Akaun Secara Maya

Seperti yang Maduners tahu, Lembaga Tabung Haji adalah institusi Islam yang berfungsi menyediakan pelbagai kemudahan yang komprehensif dan sistematik untuk kebajikan Jemaah Haji di Malaysia. 

 

Selain simpanan halal dan pengurusan operasi haji yang cekap, Tabung Haji juga dapat menguruskan transaksi pelaburan untuk memberi nilai tambah kepada pendeposit.

THiJARI MY

Untuk membuka akaun tabung haji, anda boleh buat secara online sahaja. Tapi untuk mengaktifkan akaun tersebut anda masih perlu pergi ke kaunter Tabung Haji.

 

Sebelum nak buka akaun juga Maduners perlu membayar Deposit RM10.

 

Nak lebih mudah, Maduners juga boleh memuat naik  aplikasi THiJARI di Google Play Store atau Apps Store di telefon bimbit masing-masing. 

 

Aplikasi THiJARI ini dapat membantu Maduners menyemak  baki, buat pindahan wang dan semak penyata akaun.

 

Anda boleh muat turun aplikasi THiJARi menggunakan pautan di bawah:

#Amanah Saham Bumiputera (ASB/ASNB)

myASNB

Selain Tabung Haji, Maduners juga mempunyai pilihan untuk menyimpan atau melabur di dalam Amanah Saham Bumiputera.

 

ASB ini dilancarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad  (ASNB) pada 2 Januari 1990 untuk membantu bumiputera dalam menyediakan simpanan alternatif. 

 

Simpanan alternatif ASB ini pula boleh menjana pulangan atau keuntungan untuk jangka masa yang panjang dan secara konsisten. 

 

Untuk membuka akaun simpanan ini, Maduners kena pergi cawangan ASNB atau ejen ASNB yang berhampiran dengan tempat Maduners.

pendaftaran akaun ASNB

Kalau nak pergi ke pos Malaysia pun boleh dan kena bayar deposit RM10 juga. 

 

Sama seperti tabung haji tadi, untuk ASB anda perlu memuat naik  myASNB di aplikasi telefon pintar untuk tengok pelaburan, tambah pelaburan dan penyata akaun.

 

Anda boleh muat turun aplikasi  ASB/ ASNB menggunakan pautan di bawah:

#Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/EPF)

i-Akaun KWSP

Bagi yang pernah bekerja mesti sangat biasa dengan  tabung simpanan KWSP atau EPF ini kan?

 

Sebagai majikan, mereka bertanggungjawab untuk membuat bayaran caruman KWSP untuk pekerja

 

Majikan perlu memastikan caruman bulanan pekerja dipotong dengan betul daripada gaji bulanan dan dibayar kepada KWSP.

 

Biasanya kalau bekerja di mana-mana syarikat majikan yang akan buatkan akaun KWSP atau EPF untuk pekerjanya.

i-Saraan_Caruman Sukarela Insentif Persaraan

Andai kata majikan tak buatkan, anda boleh juga pergi ke kaunter atau kiosk KWSP untuk membuka akaun sendiri. 

 

Cakap jer dekat orang yang jaga kaunter itu nak buka KWSP, nanti semua dia akan uruskan. Jangan lupa bawa Kad Pengenalan!

 

Untuk Maduners yang tak ada majikan tapi nak juga caruman KWSP untuk simpanan masa depan, korang boleh buat i-Saraan.

 

I-Saraan ini memang disediakan khas untuk mereka yang bekerja tapi tak ada majikan, bekerja sendiri dirumah atau sebagainya. 

 

Untuk menyemak akaun yang dah diaktifkan. Maduners boleh memuat naik aplikasi i-Akaun untuk tahu maklumat lanjut.

 

 

Anda boleh muat turun aplikasi  i-Akaun menggunakan pautan di bawah:

#Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

produk_SSPN-i

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) ini adalah sebuah bentuk simpanan pendidikan yang ditubuhkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

 

Kalau Maduners bercadang nak buat pinjaman PTPTN ini, wajib kena ada akaun SSPN. 

 

Syarat ini ditetapkan untuk elak peminjam gagal dari membayar hutang. Simpanan SSPN yang ada itu akan digunakan untuk selesaikan hutang lepas korang habis belajar nanti. 

keistimewaan SSPN

Dibawah simpanan SSPN terdapat dua akaun yang dikenali sebagai SSPN-i dan SSPN-i plus. Simpanan ini kebiasaannya digunakan oleh ibu bapa untuk menyimpan simpanan anak-anak. 


Untuk mendaftar, Maduners boleh buat di laman rasmi SSPN secara atas talian. Kalau nak tambah deposit atau tengok penyata pun dekat laman sesawang yang sama.

 

Anda boleh muat turun aplikasi  i-Akaun menggunakan pautan di bawah:

#Emas

emas

Selain menyimpan duit, Maduners juga boleh menyimpan barang berharga seperti emas. Emas sangat banyak manfaat dan menguntungkan untuk jangka masa yang panjang.

 

Simpanan emas boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk, sama ada dalam bentuk barang kemas, bar emas atau syiling dinar emas.

Simpanan emas

Walau bagaimanapun, disebabkan  banyak bentuk pilihan yang boleh dibuat, Miera sarankan supaya buat dahulu kajian yang teliti sebelum lakukan pembelian.

 

Dapatkan nasihat daripada individu yang pakar dan berdaftar untuk elak dari ditipu dengan pelbagai skim pembelian emas yang meragukan.

 

Antara salah satu cara nak buat simpanan emas adalah dengan menggunakan Maybank Islamic Gold Account-i.

 

Nama pun Maybank Islamic Gold dah tentulah untuk orang yang ada akaun Maybank kan. So, pertama sekali korang perlu log in M2U dan pilih ‘apply’.

 

Kemudian pilih MIGA-I dan tekan sahaja apply.

 

Pelaburan awal dibuat sebanyak RM10 dan boleh buat pada bila-bila masa yang korang suka. Maklum lah semua benda hujung jari je sekarang uolls!

 

Haa, apa tunggu lagi? Yang belum ada akaun simpanan boleh lah pilih mana-mana akaun yang dah disenaraikan tadi. Anda buat simpanan pun bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri juga.

Post a Comment