Taksub Bersukan, Lelaki Ini Terpaksa Jalani Pembedahan Gara-Gara Terlalu Aktif! – Manis Madu
Taksub Bersukan, Lelaki Ini Terpaksa Jalani Pembedahan Gara-Gara Terlalu Aktif

Taksub Bersukan, Lelaki Ini Terpaksa Jalani Pembedahan Gara-Gara Terlalu Aktif!

Bersukan adalah aktiviti yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. Kita juga disarankan untuk bersukan beberapa kali dalam seminggu untuk menjalani gaya hidup seimbang.

bersukan untuk menjalani gaya hidup seimbang

Namun lain pula ceritanya apabila seseorang individu terlebih bersukan sehingga mengundang padah.

 

Menurut perkongsian yang dibuat oleh Nazirul Anwar Rahmat di laman Facebook, dia menceritakan pengalamannya yang terlebih aktif bersukan hingga mengakibatkan dirinya mengalami kecederaan serius.

Nazirul berkata, disebabkan tindakannya yang bersukan tidak ingat dunia akhirnya dia perlu menjalani pembedahan kerana mengalami masalah indirect hernia iaitu tekanan melampau pada dinding perut yang lemah.

Nazirul yang bersukan tidak ingat dunia akhirnya dia perlu menjalani pembedahan

Ketika ditanya oleh doktor sama ada dia melakukan kerja berat, merokok, batuk kering atau selalu melakukan angkat berat dia menjawab tidak melakukan sebarang aktiviti itu.

 

Sebaliknya dia kerap mengamalkan set up, push up serta tekan tubi pada setiap pagi dan petang. Ditambah lagi dengan aktiviti berbasikal pada waktu pagi dan berlari pada waktu petang.

 

Selain itu, dua tiga bulan kebelakangan Nazirul mendedahkan dia membuat ‘kerja gila’ dengan membuat larian sejauh 367km dalam masa sebulan dan berbasikal sejauh 1300km dalam masa seminggu!

Nazirul mendedahkan dia membuat ‘kerja gila’ dengan membuat larian sejauh 367km dalam masa sebulan dan berbasikal sejauh 1300km dalam masa seminggu

Berkemungkinan besar caranya yang berlebihan atau tidak betul telah mengakibatkan tekanan yang melampau pada otot perut. Solusinya adalah dengan menjalani pembedahan untuk menolak kembali lemak dan usus yang jatuh, ditampalkan pada jaring dinding yang baru kemudian dijahit semula.

 

Maduners yang bersukan terutama yang baru mula bersukan, buat sekadar kemampuan dan secukupnya sahaja. Jangan sampai niat awalnya bersukan untuk kesihatan tapi akhirnya dapat penyakit!

Post a Comment