Takut Terkenan Watak Benci Budak Alasan Remy Ishak Belum Sedia Ada Anak
Sebelum ini timbul desas-desus mengatakan isteri kepada pelakon Remy Ishak iaitu Ezza Yusof sedang berbadan dua.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, Remy berkata masih belum ada rezeki buat mereka menimang cahaya mata buat masa sekarang.
View this post on Instagram
โMungkin orang salah pandang dan kerana baju yang isteri saya pakai itu besar dikatakan hamil. Kami masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata sekarang ini,โ katanya.
Bakal muncul drama terbaru berjudul Jangan Benci Cinta, membawa watak Zafran iaitu seorang lelaki panas baran dan tidak suka anak kecil, Remy berkata dia bimbang jika sikap tersebut melekap pada dirinya jika bergelar bapa.
Menurut Remy, dia juga percaya dengan kata-kata โterkenanโ seperti yang selalu disebut dalam kalangan orang Melayu.
โBimbang juga isteri saya hamil dalam tempoh saya membawakan watak dalam drama ini. Saya takut nanti terbawa-bawa dalam diri sendiri kerana Zafran selalu melontarkan dialog marah dan tidak suka kepada seorang kanak-kanak OKU.
โSebelum ini saya tidak percaya kalau orang bercakap tentang terkenan, tapi bila sering berlaku dan melihat sendiri saya tahu perkara itu boleh terjadi,โ katanya.