“Tapi I Rasa Dia Lain Sangat”, Wanita Ini Kongsi Kucing Kesayangan Tertukar Selepas Hantar Ke Veterinar – Manis Madu
Wanita Ini Kongsi Kucing Kesayangan Tertukar Selepas Hantar Ke Veterinar

“Tapi I Rasa Dia Lain Sangat”, Wanita Ini Kongsi Kucing Kesayangan Tertukar Selepas Hantar Ke Veterinar

Seorang pencinta kucing yang memiliki kucing pasti kenal betul dengan bentuk fizikal atau ‘perangai’ haiwan comel itu kan? 

 

Walaupun warna atau bentuk lebih kurang sama tapi jika haiwan itu bukan milik mereka, mesti perbezaan itu dirasai.

 

Perkara ini dialami seorang wanita yang merasakan kucingnya tertukar dengan kucing lain selepas dihantar ke pusat veterinar.

 

Hal berkenaan dikongsi di laman Twitter dan mendapat perhatian pelayar sosial media.

 

Rata-rata berkongsi pengalaman yang sama dan turut meluahkan rasa simpati dengan kejadian itu.

Menurut wanita berkenaan, perbezaan antara kucing miliknya dengan kucing yang dibawa pulang suaminya adalah seperti lebih kurus dan perangai yang berbeza.

 

Contohnya seperti tidak pandai membuang najis di tempat sepatutnya dan tidak mahu dipegang dan dibelai.

perbezaan antara kucing miliknya dengan kucing yang dibawa pulang 01

Wanita itu juga turut memuat naik beberapa keping gambar dan video kucingnya dan kucing yang tertukar dan meminta pendapat pengikutnya supaya tidak salah faham. 

perbezaan antara kucing miliknya

Kebanyakan daripada mereka juga turut bersetuju dengan wanita itu dan dapat mengenalpasti perbezaan pada kedua-duanya.

 

Perkara ini juga turut dirujuk kepada pihak veterinar dan mereka mengakui kucing tersebut tertukar.

 

Difahamkan wanita berkenaan telah menghubungi pemilik kucing yang tertukar dan sedang menunggu maklum balas untuk dipertemukan semula dengan kucingnya.

 

Madu doakan semoga bertemu kembali!

Post a Comment