Terjemahan Posting Akaun KKM Jadi Bahan Jenaka, Wanita Ini Tampil Kongsi Jadi Bijak Di Facebook! – Manis Madu
Terjemahan Posting Akaun KKM Jadi Bahan Jenaka, Wanita Ini Tampil Kongsi Jadi Bijak Di Facebook! (1)

Terjemahan Posting Akaun KKM Jadi Bahan Jenaka, Wanita Ini Tampil Kongsi Jadi Bijak Di Facebook!

Bagi akaun rasmi sesebuah organisasi di media sosial, penggunaan bahasa menjadi antara perkara yang akan dinilai dan diperhatikan. Kalau typo satu perkataan pun boleh riuh rendah satu negara!

 

Baru-baru ini satu hantaran menerusi akaun Kementerian Kesihatan Malaysia di laman Facebook tular apabila ada beberapa individu menterjemah ayat-ayat dalam hantaran itu ke Bahasa Inggeris.

Hasilnya, terjemahan itu menunjukkan ayat yang agak pelik dan terdapat beberapa kesalahan seperti air kosong diterjemahkan kepada ‘empty water’.

 

Tangkap layar terjemahan itu kemudiannya dimuat naik semula dengan keterangan ‘oh my English!’ dan mula tular di laman Facebook.

 

Susulan itu, seorang wanita di laman Twitter @ayshardzn mengulas isu ini dengan berkata bahawa Facebook mempunyai ciri default language dan terjemahan itu dibuat secara automatik. Contohnya seperti Google Translate!

“Nampaknya post ini viral kerana ‘oh my English’. Posting sebelah kanan adalah posting asal. Untuk pengetahuan, FB korang ada default language dan FB berpendapat ciri itu akan bantu menterjemah apa-apa secara automatik. Korang boleh tutup ciri ini kalau tak mahu,” ciapnya.

 

Wanita itu turut berkongsi cara untuk menutup terjemahan automatik di setiap hantaran kita di Facebook.

 

“Pilihan 1: Setiap kali posting korang diterjemahkan secara automatik, korang akan nampak ‘show original & rate translation’ di bawah posting. 

 

Klik ‘rate this translation’ kemudian klik ‘disable automatic translation for’ atau ‘never translate’.

 

“Pilihan 2: Pergi ke tetapan profil > terjemahan untuk hantaran > kemudian tetapkan bahasa yang korang tak mahu diterjemahkan.

 

Saya jamin, korang akan jadi orang yang bijak di Facebook,” tambahnya dalam ciapan yang sama.

 

Di penghujung ciapannya, wanita itu berseloroh dengan menulis ‘Don’t forget to drink enough empty water’.

Post a Comment