Terjumpa Bekas Isteri Semasa Vaksin, Video Undang Sebak Ramai Netizen
Saban hari program imunisasi di Malaysia semakin hari semakin mendapat sambutan yang memberansangkan. Puluhan ribu orang hadir ke pusat vaksin setiap hari bagi mendapatkan vaksin masing-masing.
Dalam kesibukan itu, satu kejadian yang tidak disangka-sangka berlaku apabila seorang wanita boleh terjumpa dengan bekas suaminya semasa sesi pendaftaran di pusat vaksin beberapa hari lalu.
Video kejadian itu mendapat perhatian ramai di media sosial apabila bekas pasangan berkenaan tetap berbaik walaupun sudah hampir 3 tahun berpisah.
Apa yang lebih menyentuh hati netizen adalah lelaki itu masih lagi ingat semua tentang bekas isterinya termasuklah no kad pengenalan.
Perkara ini dijawabnya spontan dalam satu rakaman video yang di muat naik oleh bekas isterinya sendiri, Alia Nur Shafira semasa dia bertanya tentang kad pengenalan.
Sis ni dah bercerai dengan ex husband dia 3 tahun lepas. Pergi PPV tak sangka dapat kaunter yang ex husband dia jaga.
Part dia ckap perlukan ic tak ? “tak perlu, saya ingat semua tentang awak”
Me: 😭😭😭🔪💔💔💔🔪💔😭😭😭🔪💔🔪💔 hurrrtttt 😭😭 pic.twitter.com/7eJ2hymrsd
— Yon ❼ (@Amrlamnnn) July 16, 2021
“Awak perlukan IC tak?” – bekas isteri.
“Tak perlu, saya ingat semua, Saya ingat semua tentang awak”- bekas suami.
Bekas suami wanita itu dikatakan salah seorang ahli sukarelawan di salah sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Selangor dan juga seorang pramugara.
Walau bagaimanapun, menerusi video yang dimuat naik oleh @Amrlamnnn di laman twitternya pula, ramai yang berbahas berkenaan isu tersebut, ada yang berasa sebak dan ada juga yang menjadikan situasi berkenaan sebagai jenaka.
“Asal kau up doe. Lelaki paling susah nak ingat tarikh-tarikh ni full ic dia ingat. Mak! Nak jodoh macam ni boleh tak.. aku ni bukan no ic je tak ingat, dengan-dengan aku sekali dia tak ingat. Nampak tak kat situ aku lagi sedih” – @CikSNAS
“How can someone still layan and siap gurau with ex husband. I wonder how.. like what the reason they divorced” – @nanaaain
“Demi Anak, better jangan nak benci membenci drop down your ego and keep in positive.. for me pun all my exes dengan I tak pernah benci membenci n still contact sampai sekarang as a friend” – @ZakwanHasni