Terkejut Dapat Surat Saman RM100,000? Jangan Panik, Ikut Langkah-langkah Ini – Manis Madu
Featured Image Langkah Apabila Kena Saman

Terkejut Dapat Surat Saman RM100,000? Jangan Panik, Ikut Langkah-langkah Ini

Siapa sahaja yang tidak berdebar bila ada orang ketuk pintu rumah dan menghulurkan kepada kita sepucuk surat. 

 

Apa yang lagi  mengejutkan apabila isi dalam surat itu berupa saman yang berpuluh ribu dan entah dari  mana datangnya pun kita tidak tahu.

 

Jika Maduners atau kenalan yang lain pernah menghadapi situasi seperti ini Maduners dinasihatkan untuk bertenang dan jangan terburu-buru. Maduners dinasihatkan untuk mengikut langkah- langkah ini:

#Langkah Pertama

Mengikut perkongsian @MNasruddin_AR di laman twitternya, langkah pertama yang perlu Maduners lakukan setelah menerima surat berkenaan adalah memastikan sama ada surat yang diterima itu tertera saman yang sudah dikenakan atau saman yang akan dikenakan.

Jika surat itu berupa Notis Tuntutan (Letter Of Demand) daripada peguam yang dilantik, ini bermakna Maduners berada dalam kategori saman yang akan dikenakan.

 

Contoh Notis Tuntutan Saman Yang akan Dikenakan adalah seperti berikut:

Notis Tuntutan Saman

Notis Tuntutan seperti ini adalah sebagai amaran terakhir sebelum saman diteruskan di mahkamah.

 

Apa tindakan yang perlu Maduners buat adalah dengan  mendapat nasihat guaman lagi-lagi kalau Maduners rasa kandungan Notis Tuntutan itu tidak betul dan Maduners mempunyai penjelasan yang lain untuk diberikan. 

 

Notis Tuntutan biasanya diserahkan sama ada melalui serahan tangan, poslaju, A.R Berdaftar ata Emel.

 

Bagi kategori yang Sudah di saman pula ia dipanggil Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan. Jenis surat bagi yang sudah disaman berbeza dengan saman yang belum dikenakan.

 

Contoh Writ Saman adalah seperi berikut :

Writ Saman

#Langkah Kedua

Semak bila dan di mana lokasi yang Maduners perlu hadirkan diri bagi menguruskan saman berkenaan dengan cara merujuk cover letter peguam Plaintif yang dilampirkan bersama Writ Saman

 

Defendan atau pihak yang disaman perlu memfailkan Memorandum Kehadiran dalam masa 14 hari dari tarikh terima Writ Saman tersebut.

#Langkah Ketiga

Cara untuk memfailkan Memorandum Kehadiran adalah Maduners perlu lantik peguam sebagai wakil dalam tindakan tersebut.

 

Peguam yang dilantik akan bertanggungjawab dalam memfailkan Memorandum Kehadiran tersebut.

 

Maduners dinasihatkan untuk segera mengambil tindakan dan jangan sesekali mengabaikan surat tersebut.

 

Jika Maduners mengabaikan saman yang diterima atau gagal hadir ke mahkamah pada tarikh yang telah ditetapkan, Plaintif boleh memasukkan Penghakiman Ingkar Kehadiran terhadap Maduners.

 

Tindakan Sambil lewa tersebut menyebabkan Maduners kalah sebelum masuk gelanggang kerana apabila pihak Plaintif sudah ada Penghakiman Ingkar Kehadiran, Plaintif boleh gunakan Penghakiman tersebut untuk melaksanakan Pelaksanaan Penghakiman terhadap kita.

 

Antara contoh Pelaksanaan Penghakiman yang boleh dikenakan kepada individu yang ingkar adalah Saman Penghutang Penghakiman (boleh dipenjara), Tindakan Kebankrapan (jika jumlah penghakiman melebih RM 100,000), Writ Penyitaan dan Penjualan Harta Boleh Alih, Writ Penyitaan dan Penjualan Harta Tak Alih (Hartanah) dan yang terakhir Garnishee Proceedings.

 

Sebelum perkara jadi lebih rumit ada baiknya kalau Maduners dapat segera bertindak RM 100,000 itu bukan jumlah yang kecil!

 

Semoga perkongsian ini dapat memberi penjelasan kepada Maduners nanti!

Sumber Gambar: Nas Rahman

Post a Comment