Terlalu Banyak Pakaian Sampai Tak Muat Almari? Jom, Kemas Almari Pakaian Ala Marie Kondo! – Manis Madu

Terlalu Banyak Pakaian Sampai Tak Muat Almari? Jom, Kemas Almari Pakaian Ala Marie Kondo!

Shopping punya shopping, sedar-sedar baju dah bertimbun dalam almari. Nak buang tapi sayang. Macam mana itu?

Yaya faham ada certain orang memang rasa rugi pada diri sendiri kalau membuang atau sedekah pakaian kepada orang lain. Tapi, masalahnya nanti pakaian jadi terlalu banyak, sampai tak ada ruang lebih dalam almari!

Almaklumlah, yang wanita inikan memang tak jemu nak shopping barang baru! Cuba pasangkan kata-kata motivasi untuk diri sendiri dan lepaskan pakaian kesayangan Maduners itu. Tipulah kalau semuanya dipakai.

1. Jual Semula Pakaian

Image Credit: Carousell

Gunakan platform Carousell atau Instagram untuk menjual semula pakaian! Makin hari memang makin ramai yang mengambil inisiatif untuk menjual semula pakai. Simpan lama-lama tak dapat duit, kalau jual semula? Memang untung.

2. Sedekahkan Kepada Yang Memerlukan

Walaupun aktiviti bersedekah tidak mendatangkan sebarang income untuk Maduners, namun percayalah, memberi kepada yang memerlukan merupakan langkah yang membawa pelbagai kebaikan.

3. Tie Dye

Cubalah tie dye ini di rumah! Boleh ubah pakaian lama jadi penampilan yang lebih trendy dan fresh.

4. Gunakan Sebagai Kain Buruk

Mungkin ada baju yang kita pakai terlalu kerap menjadi lusuh, nipis ataupun koyak. Sebagai alternatif yang lebih eco-friendly, gunakan baju tersebut sebagai kain lap. Jimat, tak perlu lagi guna tisu selepas ini.

5. Bawa Ke Kedai Untuk Dapatkan Diskaun Atau Baucar

Ada beberapa kedai pakaian seperti H&M dan Monki yang menerima pakaian lama daripada sesiapa sahaja.

 

Sebagai tanda penghargaan, mereka akan berikan diskaun atau baucar untuk pembelian seterusnya di kedai mereka. Give and take, begitu.

Jangan senang-senang sahaja buang barang, okay? Lagi-lagi yang masih dalam keadaan yang baik. “One man’s trash is another man’s treasure”, pegang kata-kata itu.

Post a Comment