Tersembunyi Identiti Penuh Makna, Tempat Bersejarah Korang Wajib Lawati Sempena Hari Merdeka!
Monumen peringatan di Malaysia ini mempunyai identiti bersejarah tersendiri dan semestinya wajib Maduners lawati!
Alang-alang masih boleh travel, inilah masanya untuk jejakkan kaki ke tempat yang tak pernah anda semua visit!
1. Kuil Sri Maha Mariammam, Kuala Lumpur
View this post on Instagram
Bertempat di ibu kota Kuala Lumpur, Kuil Sri Maha Mariammam ini merupakan tarikan pelancong yang sangat terkenal. Seperti yang telah dinyatakan oleh Adequate Travel, ini merupakan tempat sanktuari Hindu yang dibina oleh orang-orang zaman dahulu pada tahun 1873.
Kuil ini boleh dikatakan sebagai kuil yang menjadi tumpuan ramai apabila tibanya perayaan Thaipusam. Memang meriahnya bila sambutan hari Thaipusam!
2. Masjid Kampung Kling, Melaka
View this post on Instagram
Masjid ini merupakan antara masjid yang tertua di Malaysia! Namanya pula terlahir kerana masjid ini dibina oleh peniaga India zaman dahulu yang digelar ‘Kling’.
Menurut Adequate Travel lagi, uniknya Masjid Kampung Kling ini kerana struktur binaan yang digabung dengan elemen reka bentuk Melayu, India, Cina dan juga Arab.
3. Stesen Keretapi Ipoh
View this post on Instagram
Sejujurnya, apabila tengok Stesen Keretapi Ipoh dari jauh, Madu ingatkan ia Taj Mahal! Macam overkan? Tapi sebenarnya orang Ipoh sendiri gelarkan Stesen Keretapi Ipoh sebagai Taj Mahal Ipoh! Lepas ini naik keretapi pun boleh feeling-feeling macam berada di Taj Mahal, India.
4. Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan
View this post on Instagram
Haa, antara istana yang paling ikonik di Malaysia, Istana Seri Menanti! Bagi yang tertanya-tanya, Istana Seri Menanti merupakan istana yang dibina tanpa menggunakan paku. Ya! Istana besar seperti ini pun boleh kukuh berdiri tanpa menggunakan segala paku yang ada di dunia.
5. Makam Hang Jebat dan Hang Kasturi, Melaka
View this post on Instagram
Menurut Oyo, walaupun makam kedua-dua pahlawan ini hanyalah tempat tarikan yang kecil, ia memegang sejarah yang sangat bermakna.
Bagi Madu, pahlawan-pahlawan terdahulu perlu sentiasa diingati atas sebab semangat mereka untuk melindungi raja dan negara.
6. Memorial Perang Kundasang
Memorial Perang Kundasang merupakan antara monumen yang paling popular untuk dilawati yang bertempat di Kundasang, Sabah.
Memorial ini dibina untuk memperingati pejuang-pejuang Australia dan British yang telah meninggal dunia semasa Perarakan Kematian Sandakan di Borneo.
Menariknya tugu peringatan di Malaysia! Dalam pada kita mengingati dan belajar tentang sejarah negara, kita juga boleh ber-OOTD dan flex pada rakan-rakan tentang indahnya binaan monumen di negara kita.
Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh ajak kawan-kawan semua untuk visit tugu peringatan di Malaysia tanah airku!