Tiba-Tiba Kena Bayar RM28, 000 Kerana Transaksi Berganda, Ramai Mengaku Terkena Nasib Sama! – Manis Madu
Tiba-Tiba Kena Bayar RM28, 000 Kerana Transaksi Berganda, Ramai Mengaku Terkena Nasib Sama!

Tiba-Tiba Kena Bayar RM28, 000 Kerana Transaksi Berganda, Ramai Mengaku Terkena Nasib Sama!

Sehari dua ini, riuh di media sosial tentang isu transaksi keluar masuk duit melalui akaun beberapa buah bank. Ada yang wang tiba-tiba lesap, ada juga kes transaksi berganda daripada pihak bank dan lain-lain.

 

Menurut seorang pengguna Twitter, dia berkongsi kejadian lebih kurang sama berlaku pada dirinya.

Pada mulanya dia menerima mesej daripada pihak bank mengatakan terdapat transaksi berganda berlaku kepada akaunnya melibatkan wang berjumlah RM28, 500.90 pada tahun 2021.

 

Selepas mendapat penjelasan daripada pihak bank, dikatakan lelaki tersebut menerima dana melalui Money Send pada tahun 2021 dan disebabkan kesilapan proses itu telah menyebabkan pindahan dana berganda telah dikreditkan ke dalam akaun tersebut.

 

Perkara itu juga menyebabkan akaun tersebut akan mula didebitkan bermula 2 Februari 2022 dan dana tersebut sudah dibekukan.

 

β€œAku ringkaskan overall:

 

Duit banyak muncul dari available balance tu tah dari mana and yes, confirm duit tu kena bayar balik.

 

β€œPaling ngam operator tu cakap nanti ada pihak CIMB akan call bincang pasal pembayaran. Kalau tak cukup duit nak bayar, boleh buat pembayaran instalment,” tulis lelaki tersebut.

 

Di ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi terkena nasib yang sama.

Agak pelik juga kenapa perkara seperti ini terjadi! Kalau berlaku pada satu akaun sahaja tak apa, tapi ramai juga terkena. Jumlah yang besar pula! Semoga pihak berkenaan dapat menjelaskan situasi ini dan perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

Post a Comment