Tina Aziz Ceburi Bidang Undang-Undang Untuk Bantu Kaum Wanita!
Menurut Wilayahku, model yang juga peguam muda, Qistina Sofia Abdul Aziz, 25, atau lebih dikenali sebagai Tina Aziz mempunyai iltizam yang tinggi untuk membantu kaum wanita yang kebanyakannya kurang cakna tentang hak mereka.
View this post on Instagram
“Memang niat saya ketika mula-mula belajar undang-undang nak bantu ramai wanita kerana sesetengah mereka tidak tahu apa hak mereka.
“Sebenarnya masih ramai wanita tidak tahu hak mereka sebagai isteri atau bekas isteri. Misalnya kes yang pernah kita dengar iaitu wanita yang kematian suami teraniaya oleh keluarga mertua dalam hal pembahagian harta.
Menurut Tina, ramai dalam kalangan wanita yang memilih untuk tidak menggunakan khidmat peguam untuk membela nasib kerana kos guaman yang tinggi.
“Alhamdulillah, ramai wanita di luar sana yang mesej di Instagram meminta nasihat berkaitan hak dan undang-undang. Jadi ini adalah salah satu cara untuk saya membantu kaum wanita yang mungkin tidak tahu bagaimana mahu selesaikan masalah mereka.
“Menyahut tema Hari Wanita tahun ini iaitu Wanita Bangkit Mendepani Cabaran, saya sendiri bersedia untuk berhadapan dengan apa sahaja cabaran dalam membantu kaum wanita terutamanya yang teraniaya, insyaallah,” katanya.