Tips Kekal Hubungan Mesra Suami Isteri, Rahsia Kebahagian Rumah Tangga!
Alam perkahwinan sememangnya nampak indah dan menyeronokkan. Persoalannya, seberapa lama Maduners semua dapat kekalkan kebahagiaan rumah tangga yang dibina?
Lagi-lagi zaman sekarang ini majoriti suami isteri kedua-duanya bekerja. Mesti salah seorang akan keluar pagi balik malam sampai tak ada masa untuk bersama.
Jadi hari ini Madu nak kongsikan sedikit tips atau rules untuk pasangan suami isteri yang bekerja bagi kekalkan hubungan baik antara satu sama lain.
#1 Aturkan Temu Janji
Cuba aturkan waktu cuti supaya anda dan pasangan dapat menghabiskan masa bersama-sama.
Maklumlah, bila masing-masing penat bekerja sampai tak ada masa untuk berjumpa. Sampaikan ada yang tak bertegur pun bila balik. Jadi, inilah masa yang terbaik untuk korang berdua bertindak.
#2 Jalankan Tanggungjawab Masing-masing
Tanggungjawab tetap tanggungjawab. Suami dan isteri perlulah jalankan tanggungjawab masing-masing walupun penat bekerja.
Kalau di rumah harus saling membantu, bukan isteri saja kena lakukan kerja rumah dan isteri pula sekarang boleh cari pendapatan sampingan dari rumah untuk membantu suami dari segi kewangan.
Cara ini memang nampak kecil tapi bermakna jika Maduners semua lakukan dengan hati yang terbuka.
#3 Ringankan Mulut Untuk Meminta Maaf
Ini merupakan perkara penting dalam hubungan. Tak kira siapa salah atau siapa betul terus saja minta maaf.
Tak salah pun kalau Maduners rendahkan ego untuk kebahagiaan sendiri kan. Salah seorang mestilah kena mengalah!
#4 Tinggalkan Urusan Kerja Di Tempat Kerja
Jangan sesekali bawa urusan kerja ke rumah atau campur adukkan urusan kerja dengan privacy!
Perkara seperti ini akan mengundang masalah pada diri sendiri dan pasangan. Kalau boleh, cuba selesaikan hal-hal kerja di tempat kerja.
#5 Berkongsi Masalah Bersama Pasangan
Melalui hari yang panjang di pejabat sememangnya memenatkan dan pasti mengundang banyak masalah.
Pasangan adalah tempat yang paling sesuai untuk Maduners semua berkongsi cerita. Ini adalah tips yang terbaik untuk elak dari berlaku salah faham antara dua pihak.
Lagipun tak ada alasan untuk pasangan kita cari yang lain kan. Cuba ikut tips yang Madu list, kalau dapat membantu kongsi pula dengan rakan-rakan!