“Tolonglah Bagi Kerjasama!” MUA Luah Rasa Kesal Perangai Pengantin & Ahli Keluarga – Manis Madu
“Tolonglah Bagi Kerjasama!” MUA Luah Rasa Kesal Perangai Pengantin & Ahli Keluarga

“Tolonglah Bagi Kerjasama!” MUA Luah Rasa Kesal Perangai Pengantin & Ahli Keluarga

Mendapatkan khidmat makeup-artist (MUA) terbaik untuk hari bahagia sangat penting kerana jika tersalah pilih, tak berseri wajah pengantin pada hari penting itu.

 

Selalu kita dengar cerita tentang hasil tatarias yang diperoleh namun prosesnya jarang didedahkan.

 

Baru-baru ini seorang penata rias pengantin dikenali sebagai @ellyemirza melalui perkongsian di TikTok meluahkan kekesalan ketika menata rias seorang pengantin.

@ellyemirza first time aku kena gini..xpernah lagi kena layan dgn family pengantin gini..kalau setakat menunggu tu aku blh sabo lagi..diffuser @okayamalaysia_hq ♬ original sound – Emirza Elly

Difahamkan, pengantin tersebut akan bernikah selepas maghrib namun ketika dia datang sekitar jam 6 petang untuk memulakan solekan, pengantin masih belum bersiap dan belum mandi.

 

Meskipun masanya sudah terbuang selama hampir 40 minit menunggu pengantin bersiap, dia masih boleh bersabar.

 

Namun, dia hilang sabar ketika memulakan tugas menata rias pengantin.

 

“Masa aku nak makeup dia, pengantin ni tengah-tengah (sedang) aku makeup, dia bangun macam tu je. Bergerak selalu. 

 

So, aku cakap dekat dia kalau nak apa-apa awak bagi tahu je pada orang luar. Jerit pun tak apa, awak jangan bangun. Sebab masa kita dah drag, jadi tolong bagi kerjasama pada akak. Jangan gerak banyak-banyak macam ni,” ujarnya.

 

Selain kerenah pengantin, Elly juga berdepan dengan kerenah ahli keluarga pengantin yang ‘menganggu’ proses dia menyiapkan pengantin.

 

Menurut Elly, situasi yang pertama kali berlaku sepanjang menjadi penata rias memang menguji kesabarannya.

 

“Kalau percakapan kita dalam rumah dengan anak beranak kita macam tu, jangan bercakap dengan orang luar macam tu (dengan cara yang sama). Sebab menampakkan kita tak ada adab,” tambah Elly di penghujung video.

 

Video tersebut telah mendapat satu juta tontonan di laman TikTok dan rata-rata komen netizen berpuas hati mendengar luahan hati tersebut.

Post a Comment