Trend Makanan Paling Gilerr 2020, Jangan Terkejut Dengan Senarai Ini! – Manis Madu
Trend Makanan Paling Gilerr 2020

Trend Makanan Paling Gilerr 2020, Jangan Terkejut Dengan Senarai Ini!

Jangan tanya kenapa Madu kena buat artikel ini sebab tahun 2020 cukup mencabar untuk rakyat Malaysia, macam naik roller coaster!

 

Macam macam benda kita cuba tahun ini tapi yang pastinya paling hebat orang ramai buat adalah experiment makanan, dari yang sedap, unik sampailah yang pelik-pelik pun ada.

 

Madu tengok trend makanan yang viral sampai ada yang tak sempat nak dicuba tapi secara jujurnya ada makanan yang Madu syukur sebab tak sempat nak cuba sebab pelik sangat, nak tahu makanan yang viral teroxxx tahun ini?

 

Jom Madu bawa Maduners jalan-jalan cari makan!

#5 Roti Katak (Frog Bread)

@rdclarkkmy princess 🧚‍♀️ ✨ ##froggybread ##baking♬ Weeeeh – …

Macam level lainlah, buat apa nak bake biskut atau roti biasa sedangkan korang boleh ikut trend dengan bake roti katak! Jangan risau sebab ianya cuma roti berbentuk katak dan bukan katak betul pun, takut ada yang pengsan pula.

 

Unik satu hal, kalau nak tahu mudah jerrr nak buat roti ini, lepas dah buat bentuk katak guna doh biasa, korang bake roti dalam oven pada suhu 350 fahrenheit selama 45 minit.

#4 Maggie Milo

maggi-kari-milo-768x432

Okay, okay bertenang semua, jangan marah walaupun Madu sekali tak tenang juga dengan makanan viral di tangga ke 4 ini! Madu tak sangka ada yang sanggup menyeksa diri macam ini, tapi dengar kata ada yang cakap sedap?

 

Maggie milo ini simple, korang cuma perlu masak maggie seperti biasa dan campur milo tapi yang buat maca mini tak rasa bersalah ke! Maduners boleh cuba, nanti kongsi macam mana rasa dia sebab Madu tak sanggup!

#3 Lada Benggala & Cream Cheese

Antara trend makanan yang mengejutkan orang ramai sebab bunyi macam pelik tapi sebenarnya sedap uolsss. Madu sendiri dah cuba gabungan ini untuk jadikan snek waktu petang, memang sedap!

 

Potong lada benggala ikut saiz lepas itu korang letakkan cream cheese, boleh pilih lada benggala warna apa pun tak kisah tapi selalu Madu nampak orang pakai yang warna merah.

#2 Pancake Cereal

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sam Schnur (@thenaughtyfork)

Makanan viral paling nikmat sekali! Korang buat pancake tapi saiz comel ala-ala cereal githewww¸ kenapa waktu breakfast perlu fikir nak makan apa sedangkan dah settle masalah breakfast nak makan pancake atau cereal!

#1 Kopi Dalgona

Di tangga pertama, tak lain dan tak bukan lagi, kopi Dalgona yang mengegarkan seluruh dunia waktu ramai yang kena kuarantin! Dengar kata kesan putar nak siapkan Dalgona itu sampai sekarang ada yang masih lenguh tangan?

 

Tak kiralah apa pun trend makanan untuk tahun 2020 ini, janji trend-trend ini telah bantu kita untuk harungi 2020, tinggal beberapa jerr nak ke tahun 2021!

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment