‘Unboxing By Husband’ Dianggap Tidak Bermaruah, Ramai Gesa Hentikan Trend Mengarut!
Biasanya, kalau sebut ‘unboxing’, mesti terbayang berkaitan review sesuatu produk atau barangan kan? Bermula dengan membuka lapisan kotak sehinggalah kepada cara penggunaannya.
Tetapi sekarang seperti menjadi trend di TikTok apabila pengantin baru kebanyakannya memuat naik video ‘unboxing by husband’.
Video tersebut akan menayangkan aksi suami mencabut semua aksesori seperti jarum, pin tudung isteri, crown, veil dan diikuti aksi mesra antara keduanya.
Susulan trend tersebut mula tular, ramai yang kurang senang kerana menganggap tindakan itu tidak wajar dipertontonkan memandangkan ia sepatutnya menjadi rahsia antara suami dan isteri.
“Kepada pasangan yang telah berkahwin, baru berkahwin dan bakal berkahwin. Jangan buang tebiat nak buat unboxing malam pertama, malam kedua, ketiga dan malam-malam seterusnya. Hormatilah maruah dan harga diri masing-masing,” ciap seorang lelaki di Twitter.
Kepada pasangan khususnya followers saya yang telah berkahwin, baru berkahwin dan bakal berkahwin. Jangan buang tebiat nak buat unboxing malam pertama, malam kedua, ketiga dan malam-malam seterusnya. Hormatilah maruah dan harga diri masing-masing.
— ARN 🇲🇾🏴 (@IamAjak) January 10, 2022
Perkara ini juga turut mendapat perhatian golongan agamawan yang turut memberi pandangan masing-masing terhadap trend ini.
View this post on Instagram
Makin lama trend yang muncul makin aneh ya!