Viral Bayi Boleh Tidur Nyenyak Walaupun Bunyi Bising, Mungkin Itu White Noise! – Manis Madu
Viral Bayi Boleh Tidur Nyenyak Walaupun Bunyi Bising, Mungkin Itu White Noise

Viral Bayi Boleh Tidur Nyenyak Walaupun Bunyi Bising, Mungkin Itu White Noise!

Perasan tak kebanyakan bayi kalau menangis, tiba-tiba boleh diam jika bunyi sesuatu yang kuat? Namun, ada juga bayi yang boleh tidur nyenyak walaupun bukan dalam suasana sunyi sepi. Orang sekeliling dah macam berperang, dia masih tidur!

 

Persoalan ini mesti pernah berlegar-legar dalam fikiran, lebih-lebih lagi buat para ibu. Untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan ini, Maduners perlu tahu terlebih dahulu apa itu white noise?

 

Menurut Konsultan Tangisan Bayi & Tidur Malaysia, Puan Uswatun Hasanah, manusia dah dengar white noise sejak di dalam perut lagi.

White noise ialah bunyi yang terdiri daripada campuran pelbagai frekuensi bayi dalam julat yang dapat didengari manusia (audible frequency, 20-20000 Hz) dengan amplitude (kekuatan bunyi atau saiz gelombang) yang sama.

 

Perkataan ‘white’ diguna sempena mengambil idea bahawa cahaya putih yang kita nampak juga sebenarnya terdiri daripada campuran pelbagai warna: merah + jingga + kuning + hijau + biru + indigo + violet (ungu) = terhasil warna putih!

 

Jadi bila bunyi: jantung ibu + peredaran darah ibu + cecair badan ibu + air ketuban + pergerakan organ ibu + pergerakan otot dan tisu ibu + bunyi dari luar = bergabung menciptakan bunyi yang harmoni. Inilah yang dipanggil white noise!

 

Untuk info tambahan Maduners, asal ciri white noise ini ada 3:

  • Monotone berulang (1 tone bunyi saja yang berulang-ulang)
  • Low pitch (tak nyaring/tak bingit)
  • Humming (berdengung) kerana rahim tempat yang tertutup (terkedap).

 

Jadi, untuk mengenal pasti white noise, bunyi yang Maduners dengar itu perlulah ada ciri-ciri seperti di atas.

 

Sementara itu, melalui laman TikTok, seorang ibu ada memuat naik gambar bayi yang berhenti menangis apabila mendengar white noise.

 

Terdapat beberapa bunyi yang boleh dilakukan oleh para ibu untuk menghentikan tangisan anak. Maduners boleh tengok dalam video di bawah:

Selain itu, dalam video lainnya wanita itu berkongsi white noise anaknya yang mana akan berhenti menangis sebaik sahaja mendengar bunyi mesin pengering rambut.

Screenshot_9
Screenshot_10

Boleh dilihat dalam video berkenaan, bayi tersebut menangis sekuat hati tetapi diam secara tiba-tiba apabila mesin pengering rambut itu berbunyi. Macam magic!

 

Haa, itulah rupanya white noise. Lepas ini Madu dah tak pelik kenapa ada segelintir bayi yang masih boleh tidur nyenyak meskipun dalam persekitaran yang bising dan bingit.

Post a Comment