Viral Tiktok: Resipi ‘Garlic Bread’ Rangup & Mudah – Manis Madu
Resipi Garlic Bread Rangup dan Mudah

Viral Tiktok: Resipi ‘Garlic Bread’ Rangup & Mudah

Hidangan garlic bread merupakan antara hidangan yang paling simple namun disukai dalam kalangan rakyat Malaysia. Nak pula digabungkan bersama sup cendawan atau mushroom soup. Memang paling onzz!

 

Melalui laman TikTok, seorang lelaki membuat perkongsian bagaimana dia menghasilkan garlic bread dengan cara yang mudah dan hasilnya tidak mengecewakan.

Lelaki yang dikenali sebagai @jakecohen itu memulakan dengan memanggang beberapa labu bawang putih yang sudah dilumur dengan minyak zaitun kemudian dimasukkan ke dalam ketuhar selama satu jam.

 

Kemudian dia menggunakan satu blok majerin dicampur bersama daun basil, sedikit chili flakes dan garam. Campuran itu seterusnya digaul bersama bawang putih yang sudah dipanggang.

 

Gaul semua bahan sehingga sebati dan sapukan pada permukaan roti dan bakar selama lebih kurang 50 minit. Siap!

hasil-resipi-garlic-bread-pengguna-TikTok-jakecohen

Lebih menarik, Jake juga menunjukkan dia menikmati roti tersebut dan kerangupan hidangan itu jelas didengari. Memang menyelerakan!

 

Perkongsian tersebut telah memperoleh tontonan sebanyak 19.4 juta serta mendapat 3.5 juta tanda suka, 19.5k komen serta telah dikongsi sebanyak 234.6k.

 

Maduners jangan lupa cuba resipi ini di rumah. Confirm jadi!

Post a Comment