Viral! Wanita Ditampar Hingga Berbekas Gara-Gara Masak Bekal Pergi Hiking? – Manis Madu
Viral! Wanita Ditampar Hingga Berbekas Gara-Gara Masak Bekal Pergi Hiking_

Viral! Wanita Ditampar Hingga Berbekas Gara-Gara Masak Bekal Pergi Hiking?

Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video menunjukkan seorang wanita ‘diserang’ oleh rakan serumahnya ketika sedang memasak.

 

Menurut perkongsian Vestene Wong melalui laman Facebook, sekitar jam 5 pagi, dia ketika itu sedang memasak sebelum melakukan aktiviti mendaki bersama rakan-rakan.

Namun, tidak sampai 10 minit menggunakan dapur, dia didatangi seorang wanita lain dipercayai rakan serumahnya yang secara tiba-tiba memarahi dan menamparnya dengan kuat.

 

“Alasan dia kerana saya menyebabkan dia terjaga dari tidur. Dia juga menengking dan menggunakan bahasa yang kasar kepada saya dan mempersoalkan kenapa saya tidak membawa dapur itu ke ruang tamu untuk memasak,” luah wanita itu.

 

Vestene menjelaskan, dia amat terkejut dan bingung dengan kejadian yang berlaku kerana ruang dapur dikira sebagai ruang umum dan tidak salah jika digunakan oleh sesiapa pun.

 

Tambahan pula, dia sebelum itu sudah bertanya kepada pemilik rumah tentang penggunaan dapur dan telah mendapat keizinan.

 

“Saya rasa macam tak percaya, di tahun 2022 masih terjadi perkara seperti ini,” tambahnya lagi.

 

Kejadian ini juga sudah dilaporkan kepada pihak polis kerana bimbang dengan keselamatannya di rumah tersebut.

 

Kuat betul dia ditampar, sampai merah dan berbekas di pipi! Mungkin memang mengganggu masak pada pukul 5 pagi tapi rasanya ada cara yang lebih baik untuk tegur rakan serumah.

Post a Comment