Wajah ‘Cacat’ Gara-Gara Bapa Kandung Simbah Asid, Gadis Teringin Pembedahan Plastik – Manis Madu
Wajah ‘Cacat’ Gara-Gara Bapa Kandung Simbah Asid, Gadis Teringin Pembedahan Plastik

Wajah ‘Cacat’ Gara-Gara Bapa Kandung Simbah Asid, Gadis Teringin Pembedahan Plastik

“Kejadian 1.30 pagi, kira-kira 12 tahun lalu meninggal seribu kenangan yang tidak mungkin terpadam dalam lipatan sejarah hidup saya buat selamanya.

 

“Dalam kejadian 8 Ogos 2010, ketika saya sedang tidur tiba-tiba wajah saya terasa panas dan sakit selepas terkena asid yang disimbah bapa kandung,” kata Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 20, dari Kampung Sekayu, lapor Berita Harian.

ezgif.com-gif-maker (2) (1)

Beliau berkata, walaupun kejadian itu sudah lama berlalu dan bapanya sudah menerima hukuman atas perbuatannya itu, namun dia tidak menyimpan dendam dan sudah memaafkan perbuatan itu.

 

Katanya, pada peringkat awal kejadian situasi amat sukar kerana perlu menghadapi pelbagai tanggapan negetif selain menjadi tumpuan masyarakat.

 

Dia mengakui tidak mempunyai kekuatan moral selepas kejadian itu memandangkan usianya ketika itu baru mencecah lapan tahun.

 

“Tipu sekiranya tidak malu dengan keadaan seperti ini, namun saya menerima ketentuan yang sudah ditakdirkan oleh Allah dengan hati yang terbuka.

 

“Bapa selalu datang menjenguk saya dan adik-beradik lain, sekiranya mempunyai masa terluang dan kami sekeluarga juga akrab dengannya yang tinggal di kampung bersebelahan,” katanya.

 

Katanya, akibat kejadian itu sesekali dia kini akan mengalami masalah sukar bernafas berikutan keadaan hidung yang tidak sempurna.

 

Katanya, sekiranya diberi peluang untuk mendapatkan rawatan dia masih mahu meneruskannya kerana ingin mengurangkan kesan akibat luka yang berlaku pada wajahnya.

 

Dahyatul berkata, dalam kejadian itu ibunya, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 40, dan adiknya, Mohd Irfan Firdaus Mat Haizan, 14, turut terkena asid yang disimbah bapanya, namun kecederaan mereka tidak seteruk dirinya.

 

“Semoga apa yang berlaku kepada diri saya ini menjadi teladan kepada masyarakat di luar sana, supaya tidak mengambil tindakan mengikut nafsu ketika berlaku perselisihan keluarga hingga mendatangkan kecederaan kepada anak-anak,” katanya.

Post a Comment