Wakilkan Ibu Cari Jodoh, Gadis Gugup Teruk Jumpa Bakal Suami – Manis Madu
Wakilkan Ibu Cari Jodoh, Gadis Gugup Teruk Jumpa Bakal Suami

Wakilkan Ibu Cari Jodoh, Gadis Gugup Teruk Jumpa Bakal Suami

Majoriti anak muda ketika ini lebih selesa mencari calon sendiri untuk dijadikan pasangan hidup. Lebih-lebih lagi wujudnya media sosial dan pelbagai aplikasi membuatkan pertemuan dan perkenalan lebih mudah.

Samsung Galaxy S10

Situasi jodoh diatur keluarga boleh dikatakan sudah tidak relevan dan jarang-jarang berlaku pada masa kini.

 

Walau bagaimanapun, baru-baru ini seorang wanita di laman TikTok telah mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik video adik perempuannya yang gementar dan malu ketika majlis pertunangannya.

Difahamkan, adik perempuannya itu memilih untuk menyerahkan urusan jodoh kepada ibunya menyebabkan perasaan gementar luar biasa kerana pertama kali bersua wajah dengan bakal suami pada hari tersebut.

 

“Adik aku punya takut sampai tak nak keluar. Mana tak nya, hari ni baru jumpa tunang sendiri. 

 

Tak pernah kenal, tak pernah jumpa, tak pernah bercinta apatah lagi ber’whatsapp’. Tup-tup dah jadi tunang orang,” tulis keterangan dalam video tersebut.

 

Dalam video berkenaan, adiknya dilihat beberapa kali mengambil nafas selain menunjukkan reaksi berdebar sehingga hampir tidak mahu keluar dan berselindung di sebalik ibunya.

adik dilihat beberapa kali mengambil nafas selain menunjukkan reaksi berdebar sehingga hampir tidak mahu keluar dan berselindung di sebalik ibunya

Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah mencecah 5 juta tontonan, 499.3k tanda suka dan 17.9k komen di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat gadis itu yang menahan malu.

 

Malah, ramai yang mengatakan mereka akan menangis jika mereka berada di tempat gadis itu. Ada juga yang berpendapat jodoh terbaik adalah pilihan daripada keluarga.

Post a Comment