Wanita Bengang Lelaki ‘Berkira’ Dengan Anak Isteri, Kena Kecam Di Twitter
Kehidupan selepas mendirikan rumah tangga bukan satu fasa yang mudah seperti selalu di tayang dalam drama di kaca televisyen atau medsos. Realiti sebenarnya lebih mencabar daripada apa yang dipertontonkan.
Tambahan pula jika melalui fasa menerima ‘orang baru’ dalam keluarga. Ya, benar anak itu rezeki tetapi rezeki tidak jatuh dari langit atau datang bergolek sebaliknya perlu diusahakan.
Banyak persiapan perlu disediakan baik dari persiapan untuk anak dan juga ibu yang melahirkan.
Perkara ini susulan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang lelaki berkaitan perbandingan kos bersalin di hospital kerajaan dan hospital swasta.
“jangan kedekut dgn darah daging” tapi kedekut dgn anak takpa??? anak tu bukan darah daging ke🙄 pic.twitter.com/mhlcH5XnYc
— 𝗰𝗮𝗹𝗶𝗲𝗻𝘁𝗲 🏴☠️ (@amiranafqh) September 21, 2021
“Bini saya bersalin hospital kerajaan baru RM40, jimat kos. Musim Covid ni berjimat lagi bagus. Macam-macam boleh beli dengan RM5k tu.
“Lain la dah banyak duit. Duit RM5k tu bagi mak ayah atau adik beradik pun berkat. Jangan kedekut dengan darah daging. Doa dia orang lebih berkat tau,” tulis lelaki berkenaan di satu ruangan komen.
Perkara tersebut dibidas oleh seorang wanita dikenali sebagai @amiranafqh yang memuat naik tangkap layar kenyataan tersebut dan dikongsi di laman Twitter.
Wanita tersebut mempersoalkan tindakan lelaki itu yang dikatakan tidak mahu membazir dengan menggunakan khidmat hospital swasta buat isterinya.
Lanjutan daripada itu, dia juga berkongsi pengalamannya melahirkan anak di dua hospital yang berbeza (kerajaan dan swasta) yang pastinya memberi dua layanan yang berbeza.
Perkara ini menjadi perdebatan yang agak hebat antara dua jantina bagi mempertahankan pendapat dan tindakan masing-masing.
Berdasarkan tinjauan Madu, ramai wanita terkesan dengan ayat “jangan kedekut dengan darah daging sendiri” sedangkan anak yang baru dilahirkan itu juga adalah darah dagingnya.
Begitu juga dengan ayat “doa mereka lebih berkat” sedangkan doa isteri buat suami juga antara doa yang segera dimakbulkan.
habis tu doa isteri tak berkat ke? hello?
“Sesungguhnya doa yang segera dikabulkan adalah doa seorang istri kepada suaminya yang tidak berada di tempat yang sama atau saling berjauhan.” (HR. Tirmidzi).
— fatin adira (@adirarara) September 22, 2021
Sebenarnya, pemilihan hospital kerajaan atau swasta itu bukan isunya tetapi cara seorang suami memperlakukan isteri yang melahirkan zuriatnya itu dilihat kurang wajar dengan kenyataan sedemikian.