Wanita Buta Busking Lagu Harry Styles Guna Braille, Ini Baru Wajib Kena Viral! – Manis Madu
Wanita Buta Busking Lagu Harry Styles Guna Braille, Ini Baru Wajib Kena Viral! (1)

Wanita Buta Busking Lagu Harry Styles Guna Braille, Ini Baru Wajib Kena Viral!

Golongan kurang upaya sering diperlekeh dan ‘direndahkan’ kerana kekurangan yang mereka miliki. Namun, kekurangan sudah tidak menjadi penghalang buat individu seperti ini untuk menyinar memandangkan setiap manusia lahir dengan kelebihan dan kebolehan tersendiri.

 

Caliph Buskers merupakan antara contoh terbesar memperlihatkan bahawa kekurangan bukanlah satu penghalang untuk berjaya.

 

Tular di laman TikTok baru-baru ini satu rakaman video memperlihatkan seorang wanita kelainan upaya sedang menyanyi di jalanan (busking).

 

Wanita yang mendendangkan lagu As It Was nyanyian asal Harry Styles ini ternyata mengalami masalah penglihatan dan menyanyikan lagu berkenaan dengan cara membaca tulisan braille!

@letoatreides_ The way she read the lyrics in braille impressed me 😍🫶🏻 #kualalumpur #harrystyles #asitwas #hshq #harries #streetsinger #braille ♬ As It Was – Harry Styles

Rakaman yang dimuat naik @letoatreides ini justeru berjaya mencuri tumpuan warganet yang rata-rata turut meluahkan rasa kagum dengan nyanyian wanita tersebut.

 

“Akak ni suara dia mmg sedap dan layan gila vibe dia + suara dia unik, yang mana lalu bolehlah singgah derma serba sedikit yang boleh,” komen seorang warganet.

 

Di ruangan komen, warganet juga mendakwa selalu berjumpa dengannya di bazar atau pasar malam dan aktiviti ini sudah dilakukannya beberapa tahun lalu.

 

“Dia dah menyanyi sekitar Kuala Lumpur setelah sekian lama. Dia seorang yang kuat dan baik,”

 

“Rasanya dia ni selalu nyanyi kat pasar Ramadan Pantai Dalam, tak pun kat Pasar Jalan Othman dan lagu dia meman kena dengan jiwa gua yang 90s,”

 

Kagum ya tengok kakak ini nyanyi sambil guna braille. Tak semua orang boleh buat tau!

Post a Comment