Wanita Sempat ‘Live’ Di Facebook Sebelum Meninggal Dunia Dilanggar SUV
Malang tidak berbau! Cukup untuk menggambarkan kemalangan yang menimpa tiga sekeluarga di Sabah kerana kejadian itu berlaku secara tiba-tiba semasa si isteri sedang membuat siaran langsung di Facebook.
Ketika siaran langsung itu dilakukan, pasangan suami isteri itu dipercayai berada di atas motor bersama seorang anak berusia 7 tahun.
Siaran langsung berkenaan sempat merakam detik-detik semasa kejadian berlaku dan melihat daripada isi rakaman itu, si suami dipercayai cuba untuk masuk ke lorong pada sebelah kanan namun secara tiba-tiba ‘disondol’ sebuah kereta jenis SUV dari belakang yang difahamkan ingin memotong ketika itu.
Rentetan daripada insiden terbabit, wanita warga Indonesia berkenaan dilaporkan menghembuskan nafasnya yang terakhir di tempat kejadian.
Suaminya pula dipercayai pengsan selepas tercampak di bahu jalan dan anaknya yang berusia 7 tahun bernasib baik kerana hanya mengalami cedera ringan.
Pemandu SUV serta isteri yang turut menaiki kereta bersama-sama tidak mengalami sebarang kecederaan. Susulan kejadian itu, ramai warganet meluahkan rasa simpati kepada anak pasangan yang menaiki motor itu kerana kehilangan ibunya sekelip mata.
Melihat di ruangan komen hantaran semula rakaman siaran langsung wanita itu oleh seorang pengguna di TikTok, ramai warganet mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dan turut mempercayai ada hikmah arwah membuat siaran langsung Facebook berkenaan sebelum pergi buat selama-lamanya.
@mazni_nik masyaallah kuasa tuhan😭 arwah sempat buat live sebelum kemalangan😭 suami isteri meninggal … smoga tenang di alam sana .. pada jam 5 ptg tdi al Fatihah #alfatihahbuatmu #fyp #fypシ゚viral #fypシ #kuasaallah #kuasaviral #tenangdisurga ♬ Alfatihah – Mashary Rashid Al-Afassy