“Wanita Tak Reti Bawa Kereta!”, Ini Maksud Di Sebalik Simbol Pada Meter Kereta!
Diskriminasi di jalan raya sememangnya berlaku terhadap wanita. Wanita seringkali di rendahkan oleh kerana kurang pengetahuan tentang hal-hal kereta.
Kebanyakan wanita hanya tahu tentang perkara asas sahaja tentang kereta dan tidak mustahil ada yang tidak tahu langsung! Sebenarnya sangat penting untuk kita tahu setiap fungsi simbol yang ada pada dashboard kereta.
Sebelum Madu kongsi dengan lebih lanjut, Madu nak ingatkan, tak semua kereta ada semua simbol-simbol ini. Ikut keadaan kereta masing-masing okay?
#1 Temperature Engine
Jika simbol ini menyala, ia menunjukkan bahawa kereta korang terlalu panas. Tutup enjin terlebih dahulu supaya suhunya turun.
#2 Tekanan Minyak
Simbol ini bermaksud minyak pada enjin kereta kurang atau terdapat masalah pada sistem minyak enjin.
#3 Amaran Enjin
Apabila simbol ini menyala, korang perlu periksa kereta kerana simbol ini menyala berpunca daripada banyak sebab. Boleh terus bawa kereta ke bengkel untuk pemeriksaan dengan lengkap.
#4 Bateri
Simbol amaran yang memberitahu bateri kereta korang semakin lemah.
#5 Minyak
Ini rasanya ramai yang tahu kan? Kalau simbol ini berkedip-kedip, tandanya minyak kereta dah nak habis! Seeloknya isi siap-siap sebelum mulakan perjalanan untuk elakkan kejadian minyak habis tengah jalan.
#6 Tali Pinggang
Simbol ini adalah peringatan untuk korang pakai tali pinggang kereta. Sesetengah kereta, siap berbunyi lagi. Haa, sape suruh tak pakai? Tahanlah telinga dengar bunyi bingit!
#7 Tekanan Tayar
Ia bermaksud tekanan tayar yang tidak seimbang. Mungkin disebabkan angin tayar kurang. Jawapannya terus ke stesen minyak untuk isi angin tayar kereta kita! Bahaya kalau tekanan tayar tidak seimbang!
#8 Kawalan Cengkaman (Traction Control Light)
Simbol amaran yang menunjukkan cengkaman tayar anda kurang baik. Periksa dan baiki segera kerana ia boleh membahayakan.
#9 Kunci Anti Break
Menandakan terdapat masalah pada sistem break anti-lock kereta korang. Nampak jerr simbol ini menyala, sila lah ke bengkel untuk periksa.
#10 Automatic Shift Lock & Engine Start Indicator
Menunjukkan bahawa anda perlu menekan break untuk start enjin atau tukar kepada gear neutral.
#11 Air Bag
Sistem airbag anda mungkin bermasalah sama ada salah satu airbag atau semua sekali.
#12 Lampu Kabus
Simbol ini menyala apabila lampu kabus anda terpasang. Jadi tidak perlu risau ya!
#13 Air Pada Wiper
Jika simbol ini menyala ia menandakan air wiper anda kurang. Refill lah cepat-cepat ya!
Banyak lagi simbol-simbol lain yang ada pada meter kereta korang yang wajar untuk diketahui. Mungkin tak semua simbol ini penting tapi bila kita tahu fungsi dia, tidaklah terlalu panik dan risau jika apa-apa berlaku.
Sumber: vatire.com, era.je