Wanita Tanggung Malu, Doktor Kongsi Gambar Sebelum & Selepas Pembedahan Tujuan Pengiklanan!
Pernah tak Maduners berdepan dengan situasi di mana gambar peribadi digunakan sewenang-wenangnya? Lebih teruk, gambar korang digunakan untuk tujuan pengiklanan atau pemasaran.
Perkara itu yang dialami seorang wanita yang terpaksa menanggung malu apabila gambar sebelum dan selepas dia menjalani pembedahan payudara dikongsi di Instagram menurut portal Mirror.
Menurut wanita itu, gambar berkenaan dikongsi oleh seorang doktor pakar bedah plastik tanpa kebenarannya.
Perbicaraan yang sedang berlangsung mendapati, wanita tersebut menjalani pembedahan di sebuah klinik swasta di England dan sama sekali tidak menyangka gambarnya digunakan untuk tujuan pengiklanan.
Pelaku, Dr Ahmed Abd El Gawad yang memulakan kerjayanya pada 1995 diberi amaran atas tindakannya itu.
Dr Ahmed berkata, dia beranggapan pesakit berkenaan tidak akan mengenali gambar bahagian tubuhnya yang dimuat naik ke Instagram.
Namun, wanita itu dapat mengenalpasti gambar berkenaan adalah dirinya berdasarkan rantai serta aksesori yang dipakai di pusatnya.
Sumber Gambar: Estheticon