Wanita Terkejut Suami Hantar Jemputan Formal, Siap Ada Aturcara Program!
Hidup sebagai pasangan suami isteri, komunikasi merupakan elemen paling penting perlu dijaga untuk memastikan setiap masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan segera sebelum menjadi lebih parah.
Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, @eykaaakechik memuat naik tangkap layar kiriman WhatsApp daripada suaminya yang ingin mengadakan sesi luahan perasaan bersamanya telah berjaya mendapat lebih 18,000 ulang ciap daripada pengguna lain.
Realiti alam perkahwinan;
Mesti ada pasang surut, ups n down. Kalau tiap2 hari manis je ada la tu something wrong/salah sorg mesti jenis pendam/tak dpt peluang nak luah.
The key is communication- heart to heart. Kadang sis cuak bila sesi ni sbb biasa punca dr sis moodswing 🤣🙌🏻 pic.twitter.com/2fr6rXsJx3
— Nurul Atikah 🍁 (@eykaaakechik) March 4, 2022
Menariknya, kiriman mesej tersebut dilihat seperti undangan ke sebuah majlis rasmi apabila suaminya turut menyediakan atur cara program serta menyenaraikan perkara-perkara penting untuk dibincangkan.
Katanya, dia juga agak terkejut apabila secara tiba-tiba suaminya mengirimkan pesanan dalam bentuk formal tersebut kerana kebiasaannya mereka lebih banyak berbincang di atas katil sebelum tidur atau selepas solat.
View this post on Instagram
“Biasa tidak ada formal macam ini, santai dengan cara ‘pillowtalk atau lepas solat jemaah. Bila suami hantar macam ini, terus saya ambil tangkap layar kirimannya,” tambahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju mengatakan kunci kebahagiaan sebuah rumah tangga adalah melalui komunikasi yang baik antara pasangan.
“Setuju, komunikasi itu penting dalam perkahwinan, kalau komunikasi gagal berjalan dengan baik, masalah yang timbul akan lebih teruk sebab itu sampai berlaku perceraian, tiada perbincangan antara suami isteri,” komen Syazreena.