“Weh Dia Makan Keropok Lekor I”, Gadis Kecewa Makanan Disambar Monyet! – Manis Madu
Keropok lekor yang dipesan melalui Foodpanda dicuri si monyet

“Weh Dia Makan Keropok Lekor I”, Gadis Kecewa Makanan Disambar Monyet!

Bagi mereka yang duduk berhampiran dengan hutan sudah pasti tidak lari dengan gangguan hidupan liar seperti monyet.

 

Haiwan berkaki empat ini kebiasaannya akan keluar untuk mencari makanan secara berkumpulan yang menyebabkan mereka lagi ditakuti orang ramai.

 

Baru-baru ini, pemegang akaun TikTok @sandra ada berkongsi videonya berkenaan makanan yang dipesan melalui foodpanda telah dicuri oleh si monyet.

@qnsandra_bayar balik foodpanda i ! 😩♬ original sound – sandra

Menurut @sandra, dia pergi ke tandas sebentar sebelum mengambil makanan di bawah.

 

Dia terkedu dan hampa apabila melihat makanan yang dibelinya sudah dicuri oleh si monyet.

 

“I turun lambat sikit je sebab nak pergi toilet, this beruk curi my keropok lekor” – @sandra

si monyet yang menikmati keropok lekor di atas bumbung rumah siap sempat lap tangan lagi

Video tersebut memaparkan gelagat si monyet yang sedang menikmati keropok lekor di atas bumbung rumah siap sempat lap tangan lagi.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sangat geli hati melihat kejadian yang berlaku dan memberi reaksi dalam bentuk jenaka.

 

“Jarang-jarang masa PKP ni monyet dapat makan sedap” – @faiztukirin.

 

“Lain kali jerit dekat dia makan guna tangan kanan woi” – @tiadanama0_.

 

Ada juga netizen yang menyuruh gadis itu menghalalkan sahaja makanan yang dicuri.

 

“Dik, kau halalkan aje la.. kalau dia pandai guna phone dah lama dia order dengan Foodpanda tu -@the0nenonly1.

 

Video tersebut berjaya memperoleh 116.9 juta tontonan dan komen sebanyak 902 di media sosial TikTok.

Post a Comment