Wingardium Leviosa! Pandora Kembali Dengan 6 Charm Baru, Khas Untuk Peminat Harry Potter
Maduners yang gelar diri sebagai potterheads kena tahu yang Pandora dah kembali dengan 6 jenis charms baru yang memang mesmerizing!
Selepas kejayaan sebelum ini dengan koleksi Harry Potter, Pandora memperkenalkan tambahan 6 jenis charms baru dalam koleksi Harry Potter yang memang terbaik dijadikan sebagai hadiah untuk hari Friendship Day 2020.
Bayangkan kawan Maduners yang memang peminat Harry Potter, kemudian dapat hadiah koleksi baru Harry Potter charms dari Pandora pula, oh my gosh! Perfeccct!
Jom kita tengok 6 jenis charms baru daripada koleksi Harry Potter X Pandora.
1. Sorting Hat
Jadi Maduners dari rumah mana? Gryffindor? Hufflepuff? Ravenclaw? Atau ikut Madu yang minat Slytherin! Wuuuu!
2. Sign of the Deathly Hallows
Rekaan charms ini adalah gabungan daripada 3 objek magik yang terkenal iaitu Elder Wand, Resurrection Stone dan Cloak of Invisibility.
3. Hogwarts letter
Maduners yang ada kawan yang nak sangat dapat surat kemasukan ke Sekolah Sihir Hogwarts (Hogwarts, School of Witchcraft and Wizardry) boleh hadiahkan charms ini. Detail yang terukir pada charms memang lawa habis. Rasa sophisticated gituzzz.
4. Hedwig
Ikonik! Siapa saja tak kenal dengan haiwan peliharaan Harry Potter, baka snowy owl! Macam mana Rubeus Hagrid hadiahkan haiwan peliharan, Hedwig kepada Harry, Maduners pun boleh hadiahkan charms Hedwig kepada kawan korang!
5. Logo Harry Potter
Logo Harry Potter yang memang melambangkan filem itu sendiri! Potterheads kena ada charms ini! Yang lagi rasa eksklusif tentang charms ini adalah rekaan depan dan belakang yang berbeza.
6. Cermin Mata Harry, Penyapu Terbang & Simbol Petir
Tiga barang yang menggambarkan Harry Potter sendiri, cermin mata Harry, penyapu terbang yang Harry guna untuk permainan Quidditch dan parut petir pada dahi Harry Potter.
Jadi, tunggu apa lagi! Kolesi terbaru ini memang terbaik sebagai hadiah untuk Friendship Day!