Yang Cari Kerja Wajib Tahu! Lelaki Ini Kongsi Maksud Sebenar Di Sebalik Ayat Selalu Digunakan Jabatan Sumber Manusia – Manis Madu
Yang Cari Kerja Wajib Tahu! Lelaki Ini Kongsi Maksud Sebenar Disebalik Ayat Selalu Digunakan Jabatan Sumber Manusia

Yang Cari Kerja Wajib Tahu! Lelaki Ini Kongsi Maksud Sebenar Di Sebalik Ayat Selalu Digunakan Jabatan Sumber Manusia

Ramai sekarang yang sedang mencari kerja, tak kiralah yang muda atau tua. Ada yang pertama kali mencari kerja dan ada yang mencari tempat kerja baru bagi menambah pengalaman kerja. 

 

Bila mencari kerja bermaksud anda perlu menghadiri temuduga kerja mungkin bersama dengan jabatan sumber manusia, tapi anda tahu tak sebenar ayat-ayat yang digunakan jabatan sumber manusia ada maksud tersembunyi yang mungkin masih ramai yang tak tahu!

 

Baru-baru ini seorang pengguna media sosial Twitter Farid Affy berkongsi beberapa maksud tersirat dalam ayat-ayat yang selalu digunakan Jabatan Sumber Manusia. 

 

Pastikan anda tahu maksud-maksud tersirat ini bagi elak dari kejadian menghambakan diri di tempat kerja kelak.

Gaji

Perkongsian ayat pertama yang digunakan adalah “Gaji untuk jawatan ini dari RM3,000 ke RM4,500”. Ini mungkin bermaksud syarikat tersebut hanya mampu untuk menawarkan gaji sebanyak RM3,000 iaitu jumlah paling minimum yang disebutkan jabatan sumber manusia.

jp-valery-lVFoIi3SJq8-unsplash (1) (1)

Kalau boleh anda jangan terlalu menaruh harapan dengan tawaran gaji yang terlalu tinggi, tetapi jika tawaran tersebut menepati jumlah tawaran yang memang anda inginkan, maka itu satu perkara yang baik untuk diri anda!

Bonus

Ayat yang kedua adalah “syarikat kami masih baru dan kami akan berikan awak bonus berdasarkan prestasi kerja awak” yang boleh bermaksud syarikat tersebut tidak boleh atau tidak berkemampuan untuk memberi gaji yang tinggi kepada anda.

 

Jadi jika terdengar ayat ini, kalau boleh berhati-hati dan fikir terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Waktu Kerja

Ayat yang seterusnya yang anda perlu berikan perhatian adalah waktu kerja di sini sangat fleksibel dan tak perlu clock-in pun. 

 

Jangan terpedaya Maduners! Ini mungkin bermaksud syarikat tersebut mahu anda sentiasa berada dalam keadaan on-standby bahkan mungkin kena bekerja 24 jam.

Rajin & Stres Kerja

Ayat yang terakhir yang anda harus berwaspada adalah apabila mereka berkata “kami mencari pekerja yang rajin dan dapat kawal stres dengan baik”. Ini mungkin syarikat tersebut bersikap prihatin pada anda ataupun sebenarnya kerja tersebut memerlukan anda kerja kaw-kaw dan kemungkinan stress itu hadir adalah benar!

Untuk mereka yang sedang mencari kerja, berhati-hati dan fikir dengan baik sebelum menerima sebarang tawaran kerja, setiap syarikat mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Pilih yang terbaik dan sesuai dengan anda!

Post a Comment