Youtuber Terkenal Didakwa Cabul Seorang Wanita, Direman 2 Hari – Manis Madu
youtuber_dakwaan-cabul-terhadap-seorang-wanita

Youtuber Terkenal Didakwa Cabul Seorang Wanita, Direman 2 Hari

Seorang YouTuber terkenal berusia 22 tahun direman dua hari bagi membantu siasatan dakwaan cabul terhadap seorang wanita berusia 24 tahun.

 

Menurut Berita Harian, suspek berusia 22 tahun tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu kira-kira 10.35 pagi tadi dengan diiringi polis.

Perintah reman yang bermula hari ini sehingga esok itu dikeluarkan oleh majistret Kamarul Hasyime Rosli.

 

Siasatan terhadap YouTuber yang juga penerbit dan pengarah drama itu dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

 

Sebelum ini, media melaporkan, satu laporan polis dibuat oleh mangsa terhadap suspek yang beralamat di Kuantan, Pahang itu pada Jumaat lalu berhubung dakwaan dicabul lelaki terbabit.

 

Insiden itu berlaku selepas sesi penggambaran sebuah drama arahan suspek pada pagi 2 Ogos lalu di sebuah inapan desa di Kubang Kerian, di sini.

 

Selepas empat bulan, mangsa tampil membuat laporan polis selepas terbaca mengenai kes yang melibatkan pendakwah selebriti dan merasakan kejadian yang sama berlaku kepadanya.

Sumber: Berita Harian, mStar

Post a Comment