Zarina Anjoulie Dedah Sudah Rujuk Dengan Suami, Akui Tidak Mahu Putus Asa Dengan Perkahwinan Dibina – Manis Madu
Zarina Anjoulie Dedah Sudah Rujuk Dengan Suami

Zarina Anjoulie Dedah Sudah Rujuk Dengan Suami, Akui Tidak Mahu Putus Asa Dengan Perkahwinan Dibina

Terdahulu, pelakon sensasi Zarina Anjoulie mendedahkan kepada umum tentang status perkahwinan bersama suaminya, Iliyas Azhar sudah terputus di tengah jalan. Mereka dikhabarkan telah bercerai meskipun usia perkahwinan baru mencecah 6 bulan.

 

Namun, tidak sampai sebulan berpisah, selebriti berusia 33 tahun itu mengumumkan sudah rujuk semula dengan suaminya. Pelakon itu juga memberitahu keputusan tersebut dibuat setelah perbincangan secara baik dilaksanakan antara mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Menerusi laporan daripada mStar, Anju atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul mengakui tidak mahu mudah putus asa dengan perkahwinan yang sudah dibina. Menurutnya lagi, dia dan suami akan cuba memperbaiki diri ke arah yang lebih baik demi kesejahteraan rumah tangga mereka.

 

Sehubungan dengan perkhabaran gembira itu, Anju juga ada memuatnaik posting di laman Instagramnya meminta mana-mana wanita untuk berhenti menghantar mesej atau menggangu suaminya. Namun, hantaran berkenaan dipadam selang beberapa minit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Selain itu, Anju juga berkongsi beberapa foto menerima jambangan bunga dan menulis caption bayangan sedang bahagia.

 

Omooo, sweet betul!

Post a Comment