Zarina Anjoulie Guna Duit Hasil Review IG Bantu Orang Susah – Manis Madu

Zarina Anjoulie Guna Duit Hasil Review IG Bantu Orang Susah

Di saat berlakunya krisis wabak Covid-19, ramai individu yang tidak dapat melakukan aktiviti harian mereka kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Perkara ini dilihat telah menjejaskan sumber kewangan mereka yang tidak dapat menjalankan perniagaan dan juga yang telah diberhentikan kerja secara tiba-tiba.

Namun, Zarina Anjoulie yang merupakan seorang selebriti Malaysia, telah tampil kehadapan melakukankan beberapa misi bantuan bagi membantu golongan yang memerlukan pada waktu krisis ini.

 

Melihat pelbagai pihak terkesan dan mengalami masalah kewangan, Zarina Anjoulie telah menggunakan hasil pendapatan yang diperoleh daripada membuat Instagram review untuk melakukan sumbangan.

 

View this post on Instagram

 

hero2 negara ❀️

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on

Zarina Anjoulie turut memuat naik sebuah gambar di laman Instagramnya yang menunjukkan dirinya sedang menjalankan misi bantuan.

 

β€œGuys sabar jap sebelum aku buat dosa harini aku nk buat pahala dulu kahkahlah….aku settlekan makanan derma ni dulu sampai rumah aku terus buat video”.

 

Zarina telah menyalurkan duit tersebut untuk membeli barangan keperluan dapur dan kemudian dibahagikan kepada golongan yang memerlukan.

Tindakan Zarina ini dilihat sebagai satu perkara yang bermoral dan ikhlas membantu mereka mengalami masalah kewangan untuk membeli barangan keperluan.

Post a Comment