ZUS Coffee Minta Maaf Atas Tuduhan Diskriminasi OKU, Rupanya Hanya Salah Berkomunikasi
Baru-baru ini, tular di laman Twitter apabila seorang pengguna berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp antara dia dan seorang pekerja kedai kopi sehingga menimbul kemarahan orang ramai.
Menerusi perbualan tersebut, difahamkan lelaki itu ingin memohon kerja secara sambilan di kedai berkenaan selepas terbaca iklan yang dimuat naik di media sosial.
Namun, permintaannya ditolak setelah dia memaklumkan keadaan dirinya yang mempunyai masalah pendengaran dan pekerja tersebut sempat memberitahu bahawa permohonan pengambilan telah ditutup.
“Maaf ya, pengambilan dah ditutup,” kata pekerja tersebut.
Menurut lelaki tersebut, walaupun dia mempunyai pengalaman hampir tiga tahun sebagai barista, permohonannya masih tidak dilayan selepas dia memberitahu keadaan dirinya.
Rentetan perkara itu, pihak pengurusan kedai kopi akhirnya telah mengeluarkan kenyataan dan membuat permohonan maaf secara terbuka.
Official Statement – Alleged Discrimination Towards OKU Applicant pic.twitter.com/ECYsJ0gMd5
— ZUS Coffee (@ZusCoffee) February 15, 2022
“Kami dengan ikhlas memohon maaf atas cara komunikasi yang kurang baik yang telah menyebabkan salam faham yang tidak diingini ini.
“Kami mengambil serius perkara ini kerana kami tidak bertolak ansur dengan sebarang bentuk diskriminasi dalam proses pengambilan pekerja kami,” tulisnya.
Dalam pada itu, pekerja yang didakwa mendiskriminasi golongan OKU ini juga meminta maaf kepada lelaki tersebut atas tindakannya.
“Kami dah minta maaf each other,” tulisnya dalam ciapan terbaru.
Kita dah mintak maaf each other. pic.twitter.com/0bdc5DGMWq
— EЯUL (@hairul1992) February 15, 2022
Tak sewajarnya golongan orang kelainan upaya (OKU) dipinggirkan apatah lagi didiskriminasi daripada mendapatkan sesuatu pekerjaan sedangkan mereka juga mampu memberikan hasil kerja terbaik.