10 Adat & Pantang Larang Ketika Sambutan Tahun Baru Cina, Makan Bubur Boleh Jadi Miskin?
Bersempena dengan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 12 Februari ini, Madu nak kongsi dengan korang beberapa jenis pantang larang atau adat resam ketika Tahun Baru Cina yang diamalkan di Malaysia.
#1 Memberi angpau dalam jumlah genap
View this post on Instagram
Selain limau mandarin, angpau merupakan antara elemen wajib ketika Tahun Baru Cina kan? Tapi Maduners kena tahu, angpau tak boleh diberi sembarangan tau!
Lazimnya, angpau akan diberikan dalam jumlah genap kerana ia membawa maksud lebih sempurna. Jadi, korang kena elakkan untuk beri angpau dalam jumlah ganjil.
#2 Elakkan pakai pakaian hitam atau putih
Ini kerana ia merupakan warna berkabung. Tema Tahun Baru Cina kebiasaannya berwarna merah kerana dipercayai membawa tuah. Kediaman pun akan dihiasi warna merah.
#3 Dilarang makan bubur
View this post on Instagram
Haa, Maduners pernah dengar tak tentang pantang larang ini? Sepanjang tempoh perayaan, kaum Cina perlu mengelakkan bersarapan dengan bubur. Sarapan dengan bubur dipercayai boleh menjadikan seseorang itu miskin.
#4 Tidak boleh menyapu
Kebiasaannya, kaum cina akan membersihkan rumah sebelum masuk tahun baru kerana mereka dilarang menyapu rumah pada tahun baru cina. Ia dipercayai akan menghalau tuah atau untung.
Kalau ada makanan terjatuh atau ada sampah, jangan pandai-pandai nak menyapu yerr kerana korang akan sapu sekali nasib baik dan kekayaan tuan rumah.
#5 Jangan pinjam duit
Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, hutang harus dilangsaikan sebelum malam Tahun Baru Cina supaya si penghutang tidak terbeban dengan hutang sepanjang tahun.
Bayar hutang takpe!
#6 Tidur lambat
Haa, jangan terkejut! Mengikut adat tradisional masyarakat Cina, semua penghuni rumah wajib tidur lambat bagi menyambut kedatangan Tahun Baru. Ia juga dipercayai dapat memanjangkan usia.
#7 Isteri tidak dibenarkan pulang ke rumah keluarga
Mengikut adat dan kepercayaan kaum Cina, isteri tidak dibenarkan pulang ke rumah keluarga pada tahun pertama perkahwinan kerana ia dianggap hubungan tersebut mempunyai masalah.
#8 Jangan cuci atau potong rambut
Dalam bahasa Cina, ‘kepala’ dikaitkan dengan ‘permulaan’. Mereka percaya dengan tidak mencuci atau menggunting rambut pada dua hari pertama raya Cina akan membawa tuah.
#9 Tidak boleh basuh baju
Selain rambut, baju jika tidak boleh dibasuh pada hari pertama dan kedua raya kerana ia dianggap sebagai permulaan yang tidak baik.
Ia juga dikatakan menyinggung perasaan Dewi Air (Shuishen) mereka kerana dua hari pertama perayaan merupakan ulang tahun kelahirannya.
#10 Jangan beri hadiah kasut
Pantang larang ini berkait rapat dengan bahasa. Kasut dalam bahasa Cina berbunyi “kejahatan” atau xié. Haa, so elakkan lah beri hadiah kasut di Tahun Baru Cina ya.
Antara kesemua adat dan pantang larang yang Madu kongsikan, yang mana Maduners baru tahu?