10 Beauty Hacks Maduners Buat di Rumah – Manis Madu

10 Beauty Hacks Maduners Buat di Rumah

Hey Y’alls! Nak tahu rahsia kecantikan sebenar? Hehe Madu is on the case! Madu akan terangkan kepada Maduners satu per satu beauty hacks yang anda boleh cuba di rumah untuk mengisi masa lapang. Jom tengok senarainya di bawah!

1. Kebaikan Bunga Cengkih

Bunga cengkih boleh menghilangkan parut, jerawat dan juga kegatalan pada kulit Maduners. Ia mengandungi banyak nutrisi seperti Vitamin A, B, C, K, E, mineral zink serta mineral tembaga. Cara penyediaannya ada di bawah.

 

Bahan: Bunga Cengkih dan Olive oil

 

Cara penyediaan:

  • Tanpa menggunakan minyak, goreng bunga cengkih sehingga garing. (Hati-hati ia boleh meletup seperti popcorn)
  • Selepas goreng, angkat dan blend sehingga halus.
  • Letak bunga cengkih yang sudah blend dalam bekas.
  • Letak Olive oil.
  • Kacau sehingga sebati.
  • Boleh letak pada permukaan kulit yang berparut, jerawat atau gatal.

2. Cat Eye-Liner

Sumber Gambar: Popsugar.com

Mesti ada sesetengah dari Maduners masih stress untuk dapatkan cat eye-liner yang sempurna betul tak? Lepas ni korang jangan stress lagi dah. Ikuti langkah ini dan voila! Korang boleh dapatkan cat eye-liner yang korang idamkan. Link boleh tekan di sini.

3. Rambut dibasuh dengan air sejuk atau air panas

Madu pernah tanya stylist rambut jika ingin rambut yang sihat dan kuat, air apa yang sesuai untuk dibasuh. Dia menjawab kedua-duanya sekali. Sebelum shampoo rambut, pastikan Maduners basuh dengan air panas. Ini kerana air panas bagus untuk membuka kutikel dan pori-pori pada kulit kepala. Bila hendak membilas rambut tu, bilas dengan air sejuk pulak. Ini kerana air sejuk menutup kutikel rambut dan menyerap kelembapan dari perapi rambut.

4. Bye-bye eyebag

Kebanyakkan Maduners mesti dah guna banyak cara untuk hilangkan eyebag kat bawah mata betul tak? Pernah tak korang terfikir nak guna Green Tea Bag? Green Tea Bag mengandungi antioxidants yang dipanggil flavonoids. Flavonoidnya lebih tinggi bila dibandingkan dengan Black Tea Bag. Korang boleh tengok video ini untuk mengetahui cara penyediannya.

5. So long Dandruff

Tak de siapa suka dandruff di rambut. Tapi semakin hari semakin banyak ia tumbuh di kulit kepala kita. Untuk menghilangkannya, Maduners boleh pergi ke link ini untuk ketahui caranya.

6. Gaya rambut panjang dan pendek yang boleh kita cuba di rumah

Alang-alang Maduners kat rumah, boleh lah cuba banyak jenis gaya untuk rambut anda! Manalah tau anda ada bakat untuk jadi hairstylist ke lepas ni hehe… Maduners boleh tengok video ini untuk ketahui gaya jenis rambut yang anda boleh cuba.

7. Cara pakai lipstik yang betul

Kebanyakan dari Maduners mesti pakai lipstik di bawah dulu baru di atas bibir betul tak? Lepas tu ketap bibir untuk the final looks. Salah tu Maduners. Kalau Maduners buat macam tu, nanti dua kali kerjalah nak kena buat. Oleh itu, Madu sarankan korang pakai lipstik di atas bibir dahulu. Kemudian, ketap bibir. Lepas tu baru korang isi ruang yang tidak terkena lipstik di bibir anda.

8. Hilangkan Dry Lips

Sumber Gambar: Glamourmagazine.co.uk

Untuk menghilangkan Dry Lips yang sentiasa menjadi #1 masalah kita ialah dengan mengikuti langkah ini di link ini. Madu pun selalu ada masalah ini. Bila dah ikut cara ini terus bibir Madu dah okay. Ia akan ambil masa tapi sangat berbaloi mencubanya.

9. Hair mask

Tiada conditioner di rumah? Madu sarankan korang guna Avocado. Bahan ni bagus untuk melicinkan dan menguatkan akar rambut anda. Jadi pergi ke link ini untuk ketahui cara penyediaanya.

10. Muka cantik datang dari air beras

Banyak orang tanya Madu apa rahsia di sebalik muka yang cantik. Rahsianya ialah air beras. Air beras mengandungi vitamin B1, C, E dan garam mineral.  Jadi, bila anda dah selesai basuh beras tu nanti, pastikan korang simpan air beras tu untuk kecantikan korang pulak. Air beras tu nanti dibasuhkan di muka pada waktu pagi untuk dapatkan muka glowing tu .

 

Sampai di sini saja Maduners! Madu pasti yang anda akan tampak lagi cantik . Let’s Keep Calm and Makeover Time!

Post a Comment