10 Gaya Terbaik di Karpet Merah Anugerah Grammy Ke-62 – Manis Madu

10 Gaya Terbaik di Karpet Merah Anugerah Grammy Ke-62

Anugerah Grammy ke-62 yang berlangsung di Los Angeles baru-baru ini memperlihatkan pelbagai gaya pakaian yang diperagakan oleh artis yang hadir seperti Ariana Grande, Lizzo, Billie Eilish, Camila Cabello dan lain-lain lagi.

Bagi meraikan Anugerah Grammy ke-62 yang telah berlangsung dengan jayanya, Manis Madu telah menyenaraikan 10 gaya pakaian terbaik yang diperagakan oleh artis di karpet merah anugerah tersebut.

#10 H.E.R

 

View this post on Instagram

 

A post shared by H.E.R. (@hermusicofficial) on

H.E.R merupakan salah seorang artis yang tercalon untuk lima kategori di Anugerah Grammy termasuklah bagi kategori Persembahan R&B Terbaik.

 

H.E.R hadir ke majlis itu dengan mengayakan pakaian yang mempunyai corak dan elemen seperti ikan koi meletakkan dirinya di tangga ke-10.

#9 Tyler, the Creator

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @lefleurwang on

Di tangga ke-9 adalah Tyler, the Creator yang menggunakan warna pink dan tema sebagai seorang pekerja hotel bagi menunjukkan keunikan gaya pakaiannya ketika di Anugerah Grammy.

#8 Camila Cabello

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Camila Cabello Brasil (@ccamilacabellobrasil) on

Dengan mengayakan pakaian daripada Versace, Camila Cabello menduduki tangga ke-8.

 

Walaupun pakaian yang digayakan oleh Camila terlihat ringkas, Camila telah memadankan pakaian tersebut dengan rantai leher berlian yang bernilai hampir $2 juta (RM8,131,000) direka oleh Le Vian.

#7 FKA Twigs

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FKA twigs (@fkatwigs) on

Menduduki tangga ke-7, FKA Twigs menyerlah dan menarik perhatian orang ramai dengan memperagakan pakaian yang dihasilkan oleh Ed Marler. Gaya yang dibawa oleh FKA Twigs dilihat seakan-akan gaya fesyen di zaman Victoria.

#6 Lil Nas X

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lil Nas X (@lilnasx) on

Berani tampil dengan tema warna pink, Lil Nas X menggayakan sut daripada Versace di karpet merah Anugerah Grammy meletakkan beliau di tangga ke-6.

#5 Ariana Grande

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariana Grande (@arianagrande) on

Di tangga ke-5, Ariana Grande yang tampil memperagakan gaun kembang direka khas oleh Giambattista Valli menjadi bualan hangat pengguna media sosial kerana pemilihan gaun yang dilihat bersesuaian dengan dirinya.

 

Ariana Grande yang hadir ke Anugerah Grammy ke-62 dilihat tidak berjaya merangkul sebarang anugerah di majlis Grammy ke-62 walaupun tercalon dalam lima kategori termasuk Anugerah Album Terbaik.

#4 Ricky Rebel

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ricky Rebel (@rickyrebelrocks) on

Ricky Rebel merupakan seorang penyanyi utama bagi kumpulan No Authority menduduki tangga ke-4.

 

Ricky Rebel hadir ke Anugerah Grammy dengan menggayakan pakaian serba merah dan menyerlahkan keunikan gaya beliau menggunakan prop yang kelihatan seperti payung.

#3 Billie Eilish

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BILLIE EILISH (@billieeilish) on

Berjaya merangkul empat anugerah di majlis Anugerah Grammy baru-baru ini, Billie Eilish yang memperagakan pakaian daripada Gucci berada di tangga ke-3 dalam 10 gaya terbaik di Anugerah Grammy ke-62 Billie Eilish memperagakan pakaian direka khas oleh Gucci dari atas hingga bawah, termasuklah penutup mulut yang dipakai oleh beliau.

#2 Lizzo

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lizzo (@lizzobeeating) on

Memperagakan gaya yang glamor dengan penuh keyakinan, Lizzo menduduki tangga ke-2 dalam senarai ini.

 

Lizzo yang berjaya merangkul anugerah Persembahan Pop Solo Terbaik telah menggayakan pakaian daripada Atelier Versace di karpet merah Anugerah Grammy ke-62.

#1 Billy Porter

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Billy Porter (@theebillyporter) on

Berada di kedudukan pertama dalam senarai ini, Billy Porter merupakan seorang artis yang sentiasa menjadi tumpuan kerana gaya fesyen yang eksentrik.

Walaupun tidak tercalon bagi sebarang anugerah, perkara tersebut tidak menghalang Billy Porter memperagakan pakaian daripada Baja East berserta dengan topi yang berpusing secara automatik, memberikan kesan dramatik kepada gaya beliau pada malam itu.

Post a Comment