2 Wanita dan 3 Lelaki Suspek Ragut Jururawat Hamil Direman – Manis Madu
2 Wanita dan 3 Lelaki Suspek Ragut Jururawat Hamil Direman

2 Wanita dan 3 Lelaki Suspek Ragut Jururawat Hamil Direman

Kes ragut seorang jururawat yang mengandung tujuh bulan, lima suspek dihadapkan ke Mahkamah Seremban untuk permohonan reman.

Permohonan reman tersebut dibenarkan dan dijalan bermula semalam bagi tempoh selama empat hingga tujuh hari.

 

Yang lebih mengejutkan lagi, suspek yang terdiri dari 2 orang wanita termasuk remaja berusia 16 tahun dan 3 orang lelaki. Suspek wanita tersebut direman selama empat hari dan suspek lelaki direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan Senjata Berbahaya 1958.

 

Mengikut laporan Harian Metro semua suspek itu ditangkap polis ketika sedang berehat di sebuah hotel di daerah ini.

 

Kronologi bermula pada jam 8.05 pagi apabila seorang daripada suspek terbabit cuba meragut seorang jururawat yang hamil tujuh bulan di Bandar Springhill, di sini.

 

Namun, suspek yang bersenjatakan pisau itu gagal untuk meragut beg tangan mangsa. Hanya sebuah telefon bimbit mangsa yang berjaya dilarikan.

 

Kejadian tragis terbabit menyebabkan wanita yang berusia 29 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian muka dan tangan.

 

Melalui ujian saringan air kencing terhadap semua suspek, empat dari lima suspek disahkan positif dadah jenis Methamphetamine.

Sumber: Harian Metro

Post a Comment