3 Jenis Biji Kopi Utama Di Dunia, Agaknya Yang Mana Paling Terkenal?
Ada tak dekat sini Maduners yang suka minum kopi? Tiap-tiap hari wajib ada kopi kalau tak rasa tak lengkap hidup. Resah gelisah sepanjang hari! Haa ada tak?
Kalau ada, Madu rasa Maduners sewajarnya tahu jenis-jenis kopi yang wujud di dunia. Malu lah mengaku coffee lover tapi jenis kopi pun tak tahu sebab setiap biji kopi ada aroma dan rasanya yang tersendiri! Jangan risau, Madu share dengan Maduners, barulah boleh jadi pencinta kopi sejati. Githeww!
Setiap jenis kopi yang ada di dunia ini memberi rasa yang berbeza dan penggemar kopi pasti ada citarasa tersendiri tentang kopi kegemaran mereka.
#1 Arabika
Haa! Mesti selalu dengar kan nama Kopi Arabika sebab biji kopi ini antara biji kopi yang paling banyak digunakan di seluruh dunia! Kopi Arabika berasal dari Brazil dan Ethiopia dan ia adalah antara kopi yang paling famous sekali di dunia! Kopi ini juga menguasai lebih 60% keluaran kopi dunia!
Biji kopi Arabika ini juga adalah paling berasidik jika dibandingkan dengan jenis yang lain dan lazimnya warna biji kopi ini akan dipanggang tidak terlalu gelap atau terlalu cerah.
#2 Robusta
Sumber Gambar: www.craftcoffeeguru.com
Kopi Robusta ini lebih kurang sama dengan kopi Arabika tapi yang buatkan kopi ini berbeza dari Kopi Arabika adalah kadar kafein yang lebih tinggi dan aromanya tak seharum kopi Arabika. Ukuran biji kopi Robusta ini juga lebih membulat.
Kadar kafein yang tinggi akan buat rasa kopi jenis ini rasa dia lebih kuat dan pahit. Maduners yang suka kopi yang lebih pahit sesuai minum kopi Robusta. Pagi-pagi pergi kerja minum kopi Robusta ini, terus celik mata!
#3 Liberika
Sumber Gambar: making-nice-coffee.com
Memang tak ramai yang tahu tentang kopi liberica ini sebabnya biji kopi ini antara biji kopi paling sedikit ditanam didunia. Kopi Liberika ini hanya menguasai 2% daripada pengeluaran kopi dunia. Kalau bandingkan dengan pengeluaran biji kopi Arabika, beza banyak!
Kopi jenis ini rasanya lebih kurang rasa buah-buahan, bunga dan aroma salai. Walaupun kopi ini kurang terkenal tetapi ada peminatnya tersendiri. Maduners yang tak sukanya rasa kopi yang terlalu pahit boleh cuba kopi liberika ini!
Maduners kalau tengah stress, bancuhlah kopi Arabika kerana rasanya yang lebih lembut boleh jadi ejen penenang buat korang. Tapi kalau nak kekal aktif, pilih Robusta!